Hiburan

Teater Muzikal Upin & Ipin : Pin Pin Pom! 3-4 September ini

KUALA LUMPUR – Syarikat produksi animasi nombor satu Malaysia, Les’ Copaque Production Sdn Bhd bakal menganjurkan “Teater Muzikal Upin & Ipin – Pin Pin Pom!” pada 3 dan 4 September 2022.

Penganjuran teater itu adalah kerana sambutan yang amat mengalakkan pada pementasan Teater Muzikal Upin & Ipin 10 tahun yang lalu.

Teater muzikal terbaru itu menampilkan pengisian yang berbeza dan menampilkan lakonan dan aksi kostum Upin, Ipin serta kawan-kawan dalam pengembaraan dunia penuh magik, “Pin Pin Pom!”. Teater ini akan menggunakan teknologi terkini seperti teknik kesan khas, efek pencahayaan serta penggunaan LED skrin bagi memberikan impak luar biasa kepada pementasan tersebut.

Pementasan “Teater Muzikal Upin & Ipin – Pin Pin Pom!” itu berdurasi lebih 1 jam dan ianya padat dengan aksi mendebarkan serta mencuit hati dengan lagu-lagu muzikal yang pasti membuatkan penonton terhibur dan turut menyanyi bersama-sama.

Lagu-lagu yang bakal dipersembahkan adalah dari lagu-lagu popular Upin & Ipin seperti “Gembira Bermain” dan beberapa lagu-lagu baru seperti lagu “Upin & Ipin Berani” dan “Pin Pin Pom!”.

Teater itu juga akan menampilkan beberapa watak baru yang pertama kali dimunculkan di pementasan teater seperti watak Pahlawan Magik Upin Ipin dan Nenek Kebayan. Teater itu dihasilkan oleh Les’ Copaque Production dan diuruskan bersama oleh syarikat Star Fotress Sdn Bhd.

“Teater Muzikal Upin & Ipin – Pin Pin Pom!” ini akan dipentaskan di Dewan Plenary , Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 3 & 4 September 2022 dengan waktu persembahan pada 11.00 pagi, 3.00 petang dan 8.15 malam.

Peminat sudah boleh mula mendapatkan tiket dengan potongan harga 50 peratus di laman web Trip.com atau datang terus ke kaunter yang dibuka di ruang legar dewan.

Les’ Copaque Production merancang untuk membawa “Teater Muzikal Upin & Ipin – Pin Pin Pom!” menjelajah ke negara-negara lain seperti Singapura, Indonesia dan Brunei.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: