Serdang – Pastinya setiap wanita mendambakan kulit yang lembut dan gebu hingga sanggup menghabiskan ratusan ringgit semata-mata ingin mendapatkan wajah yang cantik rupawan.
Kemunculan pelbagai barangan kosmetik di pasaran menambahkan lagi keinginan itu hingga terlupa untuk memeriksa terlebih dahulu kandungan dan kualiti produk tersebut, namun tidak pada produk Charms yang mementingkan kualiti yang dijamin.

Ketua Pegawai Eksekutif Charms, Nur Bashirah Hussin berkata Charms tidak semata-mata memikirkan keuntungan dan jualan namun menekankan kualiti produk dan menjadi pilihan pengguna berdasarkan keberkesanan dan keselamatan sebagai ciri utamanya.
“Setiap produk kecantikan kulit yang kami keluarkan sudah pasti melalui ujian klinikal dengan Pusat Penyelidikan Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) untuk dianalisis struktur anti penuan, komposisi kimia dan juga mendapat validasi halal.
“Amat penting untuk pelanggan mengenali Charms sebagai satu jenama produk yang diuji oleh pakar yang selamat dan bersih untuk setiap jenis kulit” katanya.

Tambahnya, Charms juga bakal menembusi pasaran Indonesia memandangkan permintaan untuk produk penjagaan kulit yang halal mendapat permintaan dari negara seberang tersebut.
“Untuk hari ini juga, kami melancarkan Hydra Fresh Tinted Moisturiser Broad Spectrum SPF 50 yang telahpun mendapat permintaan tinggi dan diyakini penggunaanya, kami juga menawarkan jualan promosi hebat selama 4 jam sahaja dengan pembelian 3 botol melayakkan pembelian botol keempat hanya dengan RM1 sahaja” jelasnya dalam sidang media selepas majlis pelancaran dan penyampaian anugerah kepada agen berjaya.
Beliau turut berkongsi mengenai pelantikan Datin Sri Heliza Helmi sebagai wajah baharu bagi produk Charms Hydra Fresh Tinted Moisturiser .

“Kita melantik Datin Sri Heliza Helmi kerana beliau sendiri merupakan pengguna produk Charms yang sudah lama bersama kami dan tugas harian sebagai seorang selebriti yang sibuk namun masih menjaga kulit wajah mampu menjadi inspirasi kepada peminatnya” jelasnya lagi.
Charms yang sudah memasuki tahun kesepuluh di pasaran hari ini turut menghargai setiap agen yang menjadi tulang belakang kejayaan dengan penganugerahan beberapa kategori seperti Top Recruiter, Top Growth, Most Loyalty, Most Inspiring dan Most Excellent in Leadership.
Turut hadir majlis perasmian adalah penasihat Charms, Datuk Faridah Hanim.