Terkini

Laporan penuh siasatan kes kematian Muhammad Adib dibawa ke Kabinet bulan hadapan

Kuala Lumpur – Laporan penuh pasukan petugas khas yang menjalankan siasatan dan kajian terhadap kes kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, sudah dilaporkan kepada Kabinet.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kini terpulang kepada Kabinet untuk membuat sebarang keputusan mengenainya.

“Ya… kita sudah melaporkannya kepada Kabinet,” katanya ringkas menerusi aplikasi WhatsApp ketika ditanya perkembangan laporan berkenaan, hari ini.

Difahamkan, laporan itu diserahkan pasukan petugas khas dalam mesyuarat yang dihadiri Wan Junaidi di ibu negara, semalam.

Pasukan petugas khas itu yang ditubuhkan pada Oktober tahun lalu membuktikan komitmen kerajaan dalam memastikan kes kematian Allahyarham Muhammad Adib, 24, yang juga anggota unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, mendapat keadilan dan sekali gus membawa pelaku ke muka pengadilan.

Muhammad Adib parah ketika kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya pada 27 November 2018.

Allahyarham meninggal dunia akibat kecederaan ketika menerima rawatan di Institut Jantung Negara pada 17 Disember 2018.

Inkues ditubuhkan berikutan perselisihan pendapat mengenai punca kematiannya, sama ada disebabkan oleh kemalangan atau serangan yang disengajakan.

Pada 27 September 2019, Mahkamah Koroner Shah Alam memutuskan kematian Muhammad Adib adalah disebabkan oleh perlakuan jenayah oleh lebih daripada dua atau tiga orang yang tidak dikenali.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: