Politik

Daddy sangat terdedah kepada ulser perut – Yana Najib

Kuala Lumpur – Anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengesahkan bapanya mengalami sakit perut ketika menjalani hukuman di Penjara Kajang.

Menerusi hantaran InstaStory hari ini,
Nooryana Najwa memaklumkan, bapanya sememangnya sering mengalami masalah perut yang berulang.

“Daddy (Najib) sangat terdedah kepada ulser perut, yang boleh berlaku di bawah tekanan atau disebabkan gastrik.

“Kali terakhir daddy kena ulser perut tahun lalu sehingga pengsan akibat pendarahan dalaman dan terpaksa dimasukkan ke hospital selama seminggu untuk rawatan susulan,” katanya.

Nooryana berkata, memang sikap bapanya selama ini seorang yang sukar untuk mengadu mengenai kesakitan dialaminya kerana tidak mahu menyusahkan orang lain.

“Terima kasih sekali lagi kepada semua yang mendoakan kesihatan dan kekuatan Daddy. Kami sangat berharap daddy mendapat pemeriksaan dan rawatan dengan kerap jika diperlukan oleh pihak penjara dan hospital.

“Tolong jagakan Daddy kami dan Bossku. Dia amat bermakna buat kami. Semoga Allah merahmati kami semua,” katanya.

Semalam, media melaporkan Najib yang sedang menjalani hukuman penjara selama 12 tahun, dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Pegawai Khas Najib, Muhamad Mukhlis Maghribi berkata, Ahli Parlimen Pekan itu dalam keadaan stabil dan melalui semua pemeriksaan kesihatan serta rawatan yang diperlukan.

Najib kini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta atas kesalahan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International.

Bagaimanapun, Najib hadir di Mahkamah Tinggi Jalan Duta, pagi tadi untuk perbicaraan kes penyelewengan dana RM2.3 bilion milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapinya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: