Kuala Lumpur – Infra Bunga Sdn Bhd (Infra Bunga) sedang dalam misi untuk mendidik rakyat Malaysia mengenai kebaikan minuman tenaga. Bagi mencapai matlamat tersebut, syarikat ini telah melancarkan wajah baharu minuman tenaga M-150 bagi menggantikan botol bersegi yang digunakan sejak 20 tahun lalu.
Sebagai objektif untuk menarik lebih ramai peminat M-150 dan dapat bersaing dalam pasaran minuman tenaga di Malaysia yang telah dipasarkan sejak 2016, ini mampu menjadikannya sebagai pilihan no 1 bagi para pengguna.


Minuman tenaga M-150 dengan hanya 155 kalori, berkafein dan tidak berkarbonat ini mampu membekalkan tenaga kepada seluruh tubuh badan dan menyegarkan minda. Didatangkan dalam perasa sitrus dan manis yang sangat enak, M-150 membantu meningkatkan daya tahan fizikal, meningkatkan kewaspadaan dan juga berfungsi untuk melegakan keletihan.
Pengarah Urusannya, Saw Lip Jin, berkata, M-150 adalah minuman gaya hidup yang sesuai untuk dinikmati di mana-mana majlis dan pada bila-bila masa.

“Selepas seharian padat dengan pelbagai aktiviti, M-150 adalah pilihan terbaik untuk mengembalikan kesegaran tubuh. Ia juga mudah di bawa ke mana-mana.
Majlis pelancaran turut menampilkan Tiktoker terkenal Malaysia yang mempunyai 2.6 juta pengikut iaitu Muhamad Hasif Sharaudin atau lebih dikenali sebagai ‘Abang Upin Ipin’ yang dipilih sebagai wajah baru minuman M-150. Pemilihan sebagai duta ini dilihat sebagai langkah promosi yang tepat memandangkan gaya hidup aktif dan positif yang diamalkan.

Sementara itu, beliau yang mempunyai 2.6 juta pengikut, bakal muncul dengan single terbaru berjudul ‘Dilema’ ciptaan sepenuhnya pencipta lagu terkenal iaitu Ezra Kong dan A.Ramlee, menyambut baik hasrat bagi mendidik para peminatnya dalam memilih M-150 sebagai minuman pilihan setiap hari.
Produk minuman M-150 yang berkualiti ini boleh didapati di lebih 14,000 titik sentuh yang merangkumi laman beli-belah dalam talian, mesin layan diri, kedai runcit dan kedai serbaneka di seluruh negara dengan harga RM2.00 hingga RM2.50 untuk 150ml dan RM3.00 hingga RM3.50 untuk 250ml.