Bisnes

Bank Negara naikkan OPR kepada 2.5%

Kuala Lumpur – Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.5% dalam keputusan yang dicapai dalam mesyuarat kelima Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) hari ini.

Kenaikan itu turut turut menyaksikan kadar tertinggi dan terendah koridor bagi OPR dinaikkan masing-masing kepada 2.75% dan 2.25%.

“Ekonomi global terus berkembang meskipun pada kadar sederhana, disebabkan oleh tekanan kos yang semakin meningkat, keadaan kewangan global yang lebih ketat serta langkah-langkah pembendungan yang ketat di China.

“Bagaimanapun, pertumbuhan global terus disokong oleh keadaan pasaran pekerja yang bertambah baik dan pembukaan semula sepenuhnya bagi kebanyakan ekonomi dan sempadan antarabangsa,” kata BNM dalam satu kenyataan pada akhir mesyuarat MPC selama dua hari yang bermula pada 7 September lepas.

Jelas bank pusat itu, tekanan inflasi kekal tinggi berikutan harga komoditi semakin meningkat dan pasaran pekerja yang ketat, meskipun keadaan rantaian bekalan global semakin bertambah baik.

“Kesannya, bank-bank pusat dijangka terus membuat pelarasan pada penetapan dasar monetari mereka bagi mengurangkan tekanan inflasi, dengan sesetengah bank pusat melakukannya pada kadar yang lebih cepat,” katanya.

Menurut BNM, ini khususnya pelarasan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) yang agresif telah menyumbang kepada persekitaran dolar AS yang kukuh.

“Pada masa hadapan, pertumbuhan global dijangka menghadapi cabaran daripada kesan dasar monetari yang diperketat dalam kebanyakan ekonomi serta langkah-langkah pengurusan pandemik di China. 

“Prospek pertumbuhan bergantung pada risiko pertumbuhan lebih perlahan, termasuk tekanan kos yang tinggi, kemungkinan berlakunya krisis tenaga di Eropah dan keadaan pasaran kewangan yang diperketat secara mendadak,” kata BNM.

Ketika kemuncak pandemik Covid-19 pada Julai 2020, BNM mengurangkan OPR kepada 1.75%, kadar paling rendah pernah direkodkan di Malaysia.

Tahap OPR itu dikekalkan sehingga 11 Mei tahun ini, ketika BNM menaikkan 25 mata asas atau 0.25% kepada 2.00%.

Pada 6 Julai, BNM menaikkan OPR sekali lagi dengan 25 mata asas kepada 2.15%.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: