Terkini

Alami masalah kesihatan, Najib akan dirujuk ke Hospital Kajang 

Kajang – Datuk Seri Najib Razak yang hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, bagi prosiding kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), akan dirujuk ke Hospital Kajang jam 2 petang nanti kerana mengalami masalah kesihatan. 

Perkara tersebut disahkan Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram ketika prosiding kes rasuah dana 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM2.3 bilion di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah. 

Sri Ram berkata, Najib akan dirujuk ke hospital tersebut ekoran ubat darah tinggi baharu yang diambilnya menyebabkan kesan teruk. 

“Saya dimaklumkan oleh pegawai penjara bahawa ubat tekanan tinggi yang diambil Najib telah berubah. 

“Ia memberi kesan buruk dan keadaannya agak teruk, namun Datuk Seri Najib bersedia untuk mengikuti prosiding kes ini sehingga jam 12.30 tengah hari,” katanya memetik laporan Sinar Harian. 

Pada 23 Ogos lalu, Najib dimasukkan ke Penjara Kajang setelah Mahkamah Persekutuan mengekal sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta kerana menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: