Bisnes

Canon Dianugerahkan dengan Dua Penghargaan diAnugerah Kelestarian & CSR Malaysia 2022

SHAH ALAM – Canon Marketing Malaysia (“Canon”) sekali lagi telah dianugerahkan dengan ‘Company of The Year’ untuk tahun kelima berturut-turut sejak tahun 2018 serta membawa pulang anugerah ‘Long-Standing Excellence in Sustainability’ yang pertama, sebagai pengiktirafan kepada komitmen Canon yang mantap. terhadap inisiatif CSR dan kelestarian.

Anugerah berprestij ini mengiktiraf dedikasi Canon dalam melaksanakan inisiatif CSR yang memberi impak positif kepada kehidupan masyarakat tempatan dan penglibatan proaktifnya dalam usaha kelestarian bagi mewujudkan Malaysia yang lebih baik. Anugerah ini menandakan satu lagi pencapaian yang penting bagi Canon, sebagai peneraju global dalam pasaran penyelesaian pengimejan digital dan fotografi.


Anugerah Kelestarian & CSR Malaysia 2022 ini dianjurkan oleh CSR Malaysia, sebuah penerbitan dan inisiatif sosial di bawah naungan Pertubuhan Amal Tanggungjawab Kemapanan Dan Korporat Malaysia (sebuah badan kebangsaan untuk Kelestarian dan Tanggungjawab Sosial Korporat). YBhg Dato’ Ramlan Bin Harun, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar telah merasmikan majlis yang diadakan di Mandarin Oriental Kuala Lumpur pada 18 Ogos 2022.

“Saya amat terharu dengan kemenangan dua anugerah yang berjaya dirangkul oleh Canon, hasil daripada dedikasi dan komitmen semua pihak. Mengimbangi pertumbuhan perniagaan dengan komitmen terhadap alam sekitar merupakan atribut utama kepada kejayaan Canon hari ini, serta asas kepada semua aktiviti dan dasar masa depan kami. Kami telah melakukan pelbagai inisiatif alam sekitar dan sosial sepanjang 35 tahun yang lalu sejak kami ditubuhkan di Malaysia, malah sentiasa mengukuhkan dasar syarikat kami dari segi tadbir urus. Kami berhasrat untuk bekerjasama dengan komuniti tempatan bagi mewujudkan peluang yang memberi impak positif di seluruh negara,” kata Julia Cheah, Pengarah Sumber Manusia dan Hal Ehwal Am Canon Marketing Malaysia.

Majlis ini memberi penghargaan kepada organisasi yang telah mengambil inisiatif untuk menjalankan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bagi mewujudkan impak sosioekonomi yang positif di Malaysia. Program ini merangkumi sokongan kepada komuniti yang kurang diwakili hingga usaha memelihara alam sekitar. Barisan panel juri terkemuka telah menilai pemenang anugerah berdasarkan beberapa kriteria; seperti penjajaran amalan syarikat dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) yang ditanda aras oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan kesan aktiviti CSR.

Sebagai peneraju global dalam penyelesaian pengimejan digital, Canon sentiasa berusaha untuk menggunakan ‘Pengimejan untuk Kebaikan’. Syarikat ini telah menerima dua anugerah pada tahun ini berdasarkan aktiviti CSR Canon yang dijalankan pada tahun 2021. One Canon One Tree merupakan acara menanam pokok tahunan syarikat untuk menyumbang kepada alam sekitar yang lebih hijau. Sejak tahun 2016, lebih 8,000 pokok telah ditanam termasuk 511 pokok ditanam sebagai sumber makanan kepada Tapir Malaya yang terancam.

Di bawah Canon Young Readers Programme, Canon telah menyumbangkan lebih 200 buah buku kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik untuk menggalakkan golongan muda membaca. Tahun lalu, program ini menyokong percetakan dan promosi buku mengenai keselamatan badan kanak-kanak. Usaha kemanusiaan dan bantuan bencana seperti bantuan makanan yang membantu 500 keluarga di seluruh negara semasa pandemik dan pengagihan bekalan asas kepada individu dan keluarga yang terjejas semasa banjir turut dijalankan bagi membantu meringankan beban komuniti ini. Ini hanyalah sebahagian daripada pelbagai inisiatif yang telah dijalankan oleh Canon dalam mematuhi falsafah korporatnya yang berakar umbi daripada ‘Kyosei’, yang merangkumi piawaian antarabangsa
dalam bidang ESG.

Inisiatif CSR lain oleh Canon termasuk kempen Hari Wanita Antarabangsa tahunan yang menekankan kesamarataan jantina, bantuan kewangan kepada pelajar di UOW Malaysia KDU untuk menyediakan peluang yang sama rata bagi pendidikan berkualiti dan pelbagai bengkel fotografi, videografi dan cetakan yang memberi manfaat kepada komuniti terpinggir.

Shunji Yoshikai, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Canon Marketing Malaysia, menambah “Di Canon, falsafah syarikat kami “Kyosei”, berfungsi sebagai asas bagi setiap perkara yang kami lakukan. Ia merangkumi lebih banyak perkara bukan sekadar ikatan kukuh yang telah kami bina dengan rakan kongsi kami; ia juga berkaitan dengan cara kami berkelakuan dalam hubungan dengan masyarakat dan alam sekitar secara amnya. Hidup secara harmoni dengan masyarakat dan alam sekitar serta bekerjasama untuk kebaikan bersama telah lama menjadi asas jejak alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) Canon”.

Canon kekal teguh dalam komitmennya untuk menyumbang semula kepada masyarakat dan berharap untuk memperluaskan usahanya kepada peluang CSR baharu yang akan membantu menyokong pembangunan alam sekitar dan sosial Malaysia. Berpandukan falsafah Kyosei, Canon memberi tumpuan yang kukuh terhadap tugasnya untuk menambah baik alam sekitar dan juga masyarakat, selain usahanya untuk meneruskan lagi inovasi penyelesaian pengimejan digital.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: