Gaya Hidup

iPhone 14 , iPhone 14 Pro boleh ditempah di Malaysia mulai 16 September

Apple kini mengesahkan Malaysia akan menerima siri telefon pintar terbaru mereka, iPhone 14 dan juga iPhone 14 Pro lebih awal berbanding jangkaan.

Menurut Apple, pra-tempahan untuk iPhone 14 dan iPhone 14 Pro boleh dibuat bermula minggu hadapan, 16 September. Untuk penawaran pula, iPhone 14 akan dijual bermula 23 September, sementara iPhone 14 Plus bermula 7 Oktober 2022 kelak. Sementara untuk kedua-dua model iPhone 14 Pro, akan ditawarkan bermula 23 September.

Ini menjadikan penawaran telefon terbaru Apple ini lebih pantas berbanding sebelum-sebelum ini.

Siri iPhone 14 akan ditawarkan pada harga bermula RM4199 di Malaysia, sementara siri iPhone 14 Pro pula ditawarkan pada harga bermula RM5299 di Malaysia.

Seperti sebelum ini, rekaan peranti juga adalah sama. Tetapi dalamnya akan membuatkan pencinta teknologi ingin cuba gunakan apa yang Apple cuba tawarkan.

Skrin walaupun panel yang sama iaitu panel OLED Super Retina XDR yang bersaiz 6.1″ dan 6.7″. Ia masih sedia menyokong kadar segar semula 120Hz, menyokong paparan HDR10+ dan turut masih dilindungi dengan Ceramic Shield. Perkara paling baru pada dua iPhone ini adalah ketiadaan takuk, tetapi lubang besar yang boleh memaparkan kandungan.

Di setiap sisi pada lubang ini, terdapat skrin kecil yang digelar sebagai Dynamic Island untuk memaparkan notifikasi seperti jangka masa tiba makanan, muzik yang dimainkan dan banyak lagi. Kedua-dua iPhone 14 Pro juga menyokong Always-On Display untuk sentiasa memaparkan notifikasi terpilih ketika peranti tidak digunakan.

iPhone 14 Pro dan 14 Pro Max mengekalkan tetapan tri-kamera dan juga sensor LiDAR. Apa yang baru kali ini adalah Apple akhirnya menggunakan satu sensor baharu yang bukan 12MP, iaitu 48MP. Dengan sensor sedia ada, iPhone 14 turut boleh mengambil gambar mod malam pada kualiti lebih baik, pasca-proses gambar lebih pantas dengan Photonic Engine. Sensor 48MP ini turut mempertingkatkan sokongan Apple ProRaw untuk kegunaan pakar.

Sensor dua 12MP seperti model tahun lepas. Ini adalah untuk sudut ultra-lebar dan lain-lain digunakan dengan lebih mesra dan menerima hasil berganda lebih baik. Kamera swafoto turut masih sama iaitu 12MP juga. cuma kini dengan auto fokus. Sistem kamera turut kini mempunyai butang zum x4 dan sistem flash dengan warna yang lebih terang.

Perlindungan IP68, model eSIM sahaja dan ciri sambungan ke satelit turut disertakan pada model Pro. Ketahanan bateri, Apple menjamin sehingga sehari penuh. Warna pula Apple hadir dengan emas, perak, ungu dan hitam.

Harga jualan di Malaysia adalah seperti berikut;

iPhone 14 Pro

  • 128GB – RM5,299.
  • 256GB – RM5,799.
  • 512GB – RM6,799.
  • 1TB – RM7,799.

iPhone 14 Pro Max

  • 128GB – RM5,799.
  • 256GB – RM6,299.
  • 512GB – RM7,299.
  • 1TB – RM8,299.

Pra-tempahan akan bermula pada 16 September, dengan jualan bermula 23 September nanti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: