Bisnes

Peniaga Malaysia yang menyertai Shopee 9.9 Hari Pembelian Hebat buat kali pertama capai lebih 5 kali ganda peningkatan jualan

KUALA LUMPUR – Shopee terus menawarkan lebih nilai dan keseronokan untuk para pembeli dan penjual sepanjang 9.9 Hari Pembelian Hebat. Permulaan musim Jualan Akhir Tahun disempurnakan dengan jayanya, dengan penjual tempatan di Malaysia yang mengambil bahagian dalam 9.9 Hari Pembelian Hebat buat kali pertama mencapai purata peningkatan jualan sebanyak lebih daripada 5 kali ganda pada 9 September, berbanding hari biasa.

Kesihatan dan kecantikan, kelengkapan rumah dan kehidupan serta barangan mudah alih dan aksesori muncul sebagai kategori paling popular semasa hari kemuncak festival membeli-belah tersebut.

Menariknya, walaupun dengan pengumuman baru-baru ini bahawa pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan di dalam bangunan kecuali dalam situasi tertentu, pelitup muka masih merupakan salah satu produk yang paling banyak dibeli pada 9 September. Makanan dan snek untuk kucing serta produk penyimpanan seperti kotak lipat, kotak kek dan beg kertas turut popular dalam kalangan pengguna. Barangan penyimpanan ini mungkin adalah tanda bahawa para penjual tempatan sedang membuat persiapan untuk pesanan yang bakal diterima dalam beberapa bulan akan datang.

Mereka yang tinggal di Johor Bahru, Kinta, Seremban, Melaka Tengah, Kuching serta Kota Bharu banyak membuat pembelian pada 9 September. Lokasi-lokasi ini mencatatkan jumlah pesanan tertinggi di negara ini, di luar Lembah Klang.

Sementara itu, penstriman langsung terus memberikan pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan dan bersifat interaktif kepada pengguna. Dalam tempoh kempen dari 26 Ogos hingga 9 September, rakyat Malaysia menghabiskan lebih 2 juta jam untuk menonton strim di Shopee Live. Mereka juga berseronok sambil membeli-belah, dengan Shopee Prizes dimainkan sebanyak lebih 24 juta kali dalam tempoh yang sama.

ShopeePay turut merupakan kaedah pembayaran pilihan oleh pengguna apabila membeli barangan di Shopee semasa 9.9 Hari Pembelian Hebat. Dalam tempoh dua jam pertama pada 9 September, peningkatan sebanyak 9 kali ganda direkodkan untuk pesanan yang dibayar menggunakan ShopeePay, berbanding hari biasa pada tahun sebelumnya. Dalam tempoh dua tahun sejak pandemik berlaku, para pengguna berkemungkinan lebih terbiasa membayar menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai seperti ShopeePay untuk menikmati kemudahan penggunaan serta nilai dari segi ganjaran.

ShopeeFood sejak bermula pada bulan November 2021 telah membantu ramai pengguna untuk berhubung dengan peniaga besar mahupun kecil melalui platform bersepadu yang disediakan oleh Shopee. Peniaga mikro terutamanya mendapat manfaat besar daripada ekosistem tersebut. Ini kerana platform tersebut membantu para peniaga mengembangkan perniagaan mereka dalam tempoh pasca pandemik, dengan menghubungkan mereka kepada pangkalan pengguna dalam talian yang luas di aplikasi mudah alih Shopee.

Ini terbukti berdasarkan Hidangan Popular yang dipesan oleh para pengguna semasa 9.9 Hari Pembelian Hebat. Di semua lima lokasi (Kuala Lumpur/Putrajaya, Johor, Pulau Pinang, Sabah dan Ipoh), kebanyakan pengguna memanfaatkan diskaun dan promosi hebat untuk memesan makanan tempatan kegemaran mereka seperti Roti Canai, Sate dan Nasi Ayam Penyet. Selain menyokong peniaga makanan dan minuman tempatan, mereka juga banyak memesan hidangan seperti Strawberry Chocolate Chip Almond Milk Frappe, Sushi, Matcha Boba Tea dan bahan makanan berasaskan pasta.

Kenneth Soh, Ketua Kempen Pemasaran di Shopee Malaysia

Kenneth Soh, Ketua Kempen Pemasaran di Shopee Malaysia berkata, “Kami amat berbesar hati kerana dapat memainkan peranan dalam membantu penjual tempatan di platform kami mencapai tahap peningkatan jualan yang signifikan semasa 9.9 Hari Pembelian Hebat. Kami dapat menyaksikan bahawa alat pemasaran dan ciri penglibatan penjual (seller engagement features) kami memperkasakan PMKS untuk menerokai peluang pertumbuhan dalam ekonomi digital. Shopee berasa teruja untuk terus meningkatkan jualan mereka semasa tempoh akhir tahun, sambil membolehkan rakyat Malaysia menikmati penjimatan terbaik di platform kami.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: