Terkini

Kadar inflasi Malaysia meningkat 3.1% antara Januari hingga Ogos

Kuala Lumpur – Kadar inflasi negara meningkat 3.1% bagi tempoh Januari hingga Ogos 2022, selari dengan jangkaan pasaran sebanyak 3.2% bagi tahun ini, didorong oleh permintaan dalam negara yang kukuh, harga komoditi yang masih tinggi dan gangguan dalam rantaian bekalan global, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Mustapa Mohamed.

Beliau berkata bagi Ogos 2022, kadar inflasi negara meningkat sedikit kepada 4.7% berbanding 4.4% pada Julai 2022 dan kadar inflasi masih tinggi berikutan fenomena global yang turut dialami oleh kebanyakan negara disebabkan kenaikan input pengeluaran dan harga bahan api.

“Kadar inflasi Malaysia adalah antara yang paling rendah di dunia. Kadar inflasi pada Ogos 2022 di Zon Euro adalah 9.1%, Amerika Syarikat pada 8.3%, Thailand pada 7.9%, Filipina pada 6.3% dan Republik Korea mencatatkan 5.7%.

“Kadar inflasi yang lebih rendah di Malaysia adalah hasil daripada langkah kerajaan untuk menyediakan subsidi yang terbesar dalam sejarah negara,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Mustapa berkata kerajaan akan terus mengambil langkah untuk membendung inflasi, terutamanya melalui Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi.

“Dengan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan secara berterusan, keadaan inflasi negara secara keseluruhan adalah terkawal,” katanya.

Kerajaan melalui Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi telah mengambil langkah dan inisiatif untuk membendung inflasi serta memastikan rakyat tidak terlalu terbeban dengan kenaikan kos sara hidup, katanya.

Beliau berkata antara langkah terkini diambil termasuk meneruskan kawalan harga ayam dan telur ayam serta pemberian subsidi penternakan yang dianggarkan sebanyak RM1.1 bilion; melanjutkan kawalan harga minyak masak sawit tulen kemasan botol  satu kg, 2kg, 3kg dan 5kg secara harga siling bergerak berdasarkan harga minyak sawit mentah dunia; serta meneruskan kawalan harga bagi komoditi seperti beras dan gula putih bertapis walaupun harga komoditi tersebut serta harga gas asli merupakan antara faktor kos utama dalam input pengeluaran meningkat.

Mustapa berkata selain itu kerajaan memberi tumpuan kepada memperkukuh sekuriti makanan negara.

Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri serta Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (Mafi) akan melaksanakan kajian untuk mengenal pasti langkah “quick wins” (penambahbaikan yang boleh dilihat, mendapat faedah segera dan boleh disampaikan dengan cepat) dalam menangani isu serta cabaran sekuriti makanan negara dan ia dijangka selesai dalam masa tiga bulan, katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: