Bisnes

Niro Ceramic Group lancar jubin ‘Slim’ pertama di Malaysia

SHAH ALAM – Niro Ceramic Group melancarkan jubin (“SLIM”) yang pertama di Malaysia, sebuah produk keluaran terkini yang memenuhi keperluan pemaju hartanah dan pemilik kediaman. SLIM merupakan jubin yang ringan, tipis dan kukuh berukuran hanya 6mm berbanding jubin konvensional yang berukuran 11mm hingga 18mm. Ia merupakan produk baharu di dalam siri jubin Niro Granite, yang mempunyai ukuran berat dalam lingkungan 1 kilogram lebih bagi setiap kaki persegi iaitu 50% lebih ringan berbanding berat jubin di pasaran.

Dengan moto ‘super thin, super light’, jubin SLIM bersifat versatil kerana ianya lebih mudah untuk dipotong dan dibentuk bergantung kepada kreativiti individu yang memberi peluang kepada pemilik kediaman dan kontraktor untuk meneroka rekaan jubin unik bagi memenuhi ruangan kediaman. Tambahan lagi, jubin SLIM boleh dipasang di atas permukaan lantai jubin sedia ada, menjadikan proses pengubahsuaian lebih mudah, mesra alam dan menjimatkan waktu pemasangan jubin sebanyak 75%.

“Selepas pelancaran teknologi Slip-Stop pertama di Malaysia, jubin Niro Granite SLIM merupakan satu lagi produk inovasi baharu daripada Niro Ceramic Group. Inovasi SLIM merupakan satu loncatan bagi Niro Ceramic Group kerana bukan sahaja jubin ini mampu menawarkan pelbagai manfaat kepada pemilik kediaman dan kontraktor berdasarkan versatiliti dan kekukuhan jubin tersebut, malah ia juga membuatkan proses kerja pengubahsuaian lebih mudah dan menyokong idea-idea kreatif bagi memenuhi reka bentuk yang lebih bergaya untuk kediaman yang berkonsepkan rumah moden,” kata
Michelle Johnson, Pengurus Am Pemasaran Niro Ceramic Group.

Keboleh upayaan SLIM untuk dipasang di atas permukaan lantai jubin sedia ada tanpa mengetuk lantai lama dapat mengurangkan pencemaran bunyi dan pencemaran udara berpunca dari habuk dan sisa buangan jubin lama yang sering kali dilonggok di kawasan pelupusan sampah. Pembuatan jubin SLIM juga menggunakan 35% kurang bahan mentah berbanding jubin biasa, menyebabkan pelepasan gas rumah hijau berkurangan dan lebih penjimatan tenaga.

“Pelancaran Niro Granite SLIM selari dengan usaha kemapanan untuk meminima sisa pembuangan dan mengurangkan penggunaan sumber asli yang tidak boleh diperbaharui dalam bentuk yang paling efisien. Ianya juga sebahagian dari komitmen alam sekitar, sosial and tadbir urus (ESG) kami untuk terus memenuhi permintaan pasaran untuk jubin yang menggunakan bahan mapan atas dasar kesedaran global,” tambah beliau.


Siri baharu SLIM juga kalis kotoran; boleh didapati dalam pelbagai bentuk permukaan marmar dan batu pelbagai warna di mana ianya sesuai untuk pengubahsuaian tingkat tinggi, pemasangan jubin lantai ke siling dan ideal untuk rekaan dalaman dinding serta lantai lif tanpa risiko tambahan berat lebih had yang sering menyebabkan isu keruntuhan. SLIM juga menggunakan pembungkusan yang minima dan memerlukan usaha dan masa pengangkutan singkat yang membolehkan lebih penjimatan minyak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: