Hiburan

Rossa bakal gegar KL, umum Hael Husaini sebagai artis jemputan

Kuala Lumpur – Dato’ Sri Rossa yang bakal menggegarkan Kuala Lumpur dengan Konsert “Rossa 25” Shining Years Concert” , mengumumkan penyanyi dari Malaysia, Hael Husaini sebagai artis jemputan yang akan berganding satu pentas.

Konsert yang bakal berlangsung di Dewan Plenary, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) pada 2 November 2022 ini. 

Konsert ini diadakan sempena penglibatan Dato’ Sri Rossa selama 25 tahun dalam industri muzik dan menghargai peminatnya di Malaysia.

“Saya memilih Hael Husaini selepas diberi beberapa senarai nama artis dan terus melihat video di youtubenya”

“Saya melihat Hael seorang penyanyi yang bagus dan memiliki vokal terbaik, saya akan beri ‘homework’ kepadanya sebagai persiapan sebelum konsert” katanya.

Konsert Dato’ Sri Rossa di Malaysia akan melibatkan empat (4) Pengarah Muzik; Dandy Lasahido, Risyanda, Eka Gustiwana, Andi Rianto termasuk Magenta Orchestra bagi membawakan lebih dari 25 lagu hitsnya.

“Rossa 25″ Shining Years Concert” ini semakin mengukuhkan nama Rossa dalam sejarah industri muzik serantau, dan selalu menjadi trend setter artis Indonesia di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN, Dato Haji Mohd Aizuddin berkata, sebahagian hasil penjualan tiket disalurkan ke Tabung Pendidikan Anak Bangsa (TAB) dan Tabung Kasih PRIHATIN bagi kegunaan dan manfaat pendidikan anak-anak Keluarga Malaysia.

“Ahamdulillah, hasil jualan tiket konsert ini kami berjaya membantu 2,000 bakal pelajar yang akan menyambung pelajaran di IPT iaitu sebuah komputer riba, wang perbelanjaan dan keperluan”.

“Untuk hari ini, Rossa bersama PRIHATIN menyampaikan sumbangan tersebut kepada 12 orang pelajar sebagai simbolik majlis” katanya dalam sidang media.

Dalam majlis sama, Hael Husaini menerima baik pelawaan pihak penganjur dan Rossa sebagai artis jemputan.

“Pelawaan ini amat besar erti kepada saya kerana Rossa adalah penyanyi antarabangsa yang terbaik”

“Sudah pasti berkongsi pentas dengan Rossa adalah satu penghargaan buat saya” jelasnya.

Tiket konsert ini telah terjual hampir 80 peratus dan masih boleh didapati di ticket2u.com.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: