Gaya Hidup

Harga roti putih sandwic Massimo tidak akan dinaikkan

KUALA LUMPUR – Harga Roti Putih Sandwic Massimo akan terus kekal susulan inisiatif The Italian Baker Sdn Bhd untuk membantu mengurangkan tekanan inflasi yang dirasai rakyat Malaysia.

Menerusi satu kenyataan, The Italian Baker Sdn Bhd, pengeluar rangkaian roti dan kek Massimo, mengesahkan bahawa harga Roti Putih Sandwic 400g dan 600g akan terus kekal pada harga RM2.80 dan RM4.00 masing-masing.

Pengerusi The Italian Baker Sdn. Bhd., Jeremy Goon berkata, “Roti, khasnya roti putih, telah menjadi makanan ruji pilihan rakyat Malaysia pada bila-bila masa dan tempat. Sebagai sebuah syarikat yang prihatin, The Italian Baker Sdn Bhd telah memutuskan untuk mengekalkan harga Roti Putih Sandwic popular kami kerana kami berpandangan roti putih seharusnya kekal berharga berpatutan dan boleh diperoleh oleh semua, khasnya ketika ekonomi mencabar. Kami ingin mengesyorkan para pengguna bahawa mereka akan dapat menikmati rasa Roti Putih Sandwic Massimo yang hebat dan kualitinya yang dipercayai pada harga mampu milik yang sama. ”

The Italian Baker Sdn Bhd mengakui bahawa tekanan inflasi global dan domestik memberi kesan kepada syarikat, seperti mana yang dialami oleh seluruh industri.  Kos logistik dan harga bahan mentah termasuk ramuan-ramuan merupakan faktor-faktor penyumbang utama.

“Kami telah bertahan daripada meningkatkan harga produk kami selama mungkin dan akan mengekalkan harga Roti Putih Sandwic Massimo buat masa ini. Sungguhpun demikian, berkuatkuasa 15 Oktober 2022 kesemua produk Massimo yang lain akan dinaikkan daripada 10 sen sehingga 60 sen dan pendekatan ini adalah seiring dengan jenama-jenama bakery lain,” katanya lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: