Terkini

Malaysia sasar RM2 bilion nilai eksport produk coklat tahun hadapan

Kuala Lumpur – Nilai eksport biji koko dan produk hiliran berasaskan koko dijangka terus meningkat tahun hadapan selepas mencatatkan peningkatan memberangsangkan tahun ini, berikutan trend positif permintaan terhadap produk tempatan di luar negara.

Pengerusi Lembaga Koko Malaysia, Rahimah Majid berkata bagi tempoh Januari hingga Mei 2022, nilai eksport itu mencecah RM3.2 bilion yang turut membuktikan potensi sektor berkenaan.

“Nilai eksport biji koko dan produk koko pada tahun lalu meningkat 9.6 peratus kepada RM6.87 bilion berbanding RM6.27 bilion pada tahun 2020.

“Antara produk hiliran berasaskan koko yang mendapat permintaan tinggi adalah serbuk koko, pes koko dan produk coklat yang mendapat permintaan besar dari Timur Tengah dan negara-negara ASEAN,” katanya selepas merasmikan Hari Coklat Koko Malaysia 2022 di Pusat Pameran Mid Valley Kuala Lumpur pagi tadi.

Sehingga kini program itu telah berjaya membangunkan seramai 242 orang usahawan coklat buatan tangan di seluruh negara, katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap pusat keusahawanan yang dibuka dapat membantu dalam menjana pendapatan setempat khususnya golongan B40 dan juga belia.

Di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12), Program Pembangunan Usahawan Coklat dan Program Promosi Koko telah diperuntukkan sebanyak RM10 juta.

Peruntukan ini merangkumi skop pengukuhan pasaran, promosi dalam dan luar negara, yang dapat membantu meningkatkan pasaran industri koko dan coklat negara.

“Pada RMKe-11 sebelum ini kerajaan berjaya membentuk seramai 232 usahawan coklat buatan tangan yang telah berdaftar dengan Lembaga Koko Malaysia dengan rekod jumlah pendapatan mencecah RM5.81 juta.

“Menerusi inisiatif kerajaan kali ini, kita akan memastikan usaha ini dapat dibentuk dengan pembangunan usahawan baru, menaik taraf usahawan sedia ada, bantuan teknikal, pemantauan prestasi usahawan dan pelbagai aktiviti lain.

“Ini juga merupakan peluang untuk anak muda lepasan universiti menjadi sebahagian usahawan baru untuk menampilkan idea-idea segar termasuklah daripada segi pembungkusan bertaraf antarabangsa dan menjadikan Malaysia terkenal sebagai ‘King Of Chocolate’,”katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: