Gaya Hidup

Infinix HOT 20 dilancar di Malaysia dengan harga bawah RM600

Kuala Lumpur – Infinix Malaysia telah melancarkan sebuah siri telefon pintar kelas permulaan iaitu Infinix HOT 20 Series, terdiri daripada Infinix HOT 20 dan Infinix HOT 20i.

Antara ciri menarik pada Infinix HOT 20 termasuklah skrin IPS LCD berukuran 6.82 inci dengan kadar segar semula 90Hz, cipset MediaTek Helio G85, RAM 6GB yang boleh dibesarkan dengan RAM maya sebanyak 5GB lagi dan bateri besar 5,000mAh yang menyokong kadar pengecasan pantas 18W.

Untuk fotografi, Infinix HOT 20 dilengkapi kamera utama 50MP dengan nilai apertur f/1.6 dan turut menawarkan fungsi Super Night Mode. Ciri yang paling menarik pada telefon ini pastinya adalah harganya yang mampu milik iaitu RM599.

Jika anda berminat dengan telefon yang lebih murah, Infinix HOT 20i dijual pada harga RM499 dan dilengkapi skrin 6.6 inci, bateri 5,000mAh, storan dalaman 128GB dan RAM 4GB. Kameranya pula terdiri daripada kamera utama 13MP dan kamera hadapan 8MP.

This image has an empty alt attribute; its file name is 20221103_203154-aa-1024x768-1.jpg

Bagi Infinix Hot 20, ia akan dikuasakan cip Mediatek Helio G85 bersama RAM 6GB dan storan dalaman 128GB. Model ini ada skrin berlubang yang besar, 6.82-inci HD 90Hz serta kamera utama 50MP F1.6 dilengkapi teknologi Super Nightscape. Malah, ia dikatakan ada fungsi NFC. Mungkin ini telefon NFC paling murah di Malaysia nanti.

Infinix Hot 20i pula adalah peranti lebih mampu milik, menggunakan cip Mediatek Helio G25. Skrinnya seluas 6.6-inci HD, dikatakan memiliki kecerahan tinggi.

Infinix HOT 20

  • Skrin IPS LCD berukuran 6.82 inci, resolusi 720×1640, kadar segar semula 90Hz
  • Cipset MediaTek Helio G85
  • RAM 6GB, boleh dibesarkan secara maya sebanyak 5GB
  • Storan dalaman 128GB, boleh dibesarkan dengan kad microSD
  • Kamera utama 50MP
  • Kamera swafoto 8MP
  • Bateri 5,000mAh
  • Pengecasan 18W
  • Pembesar suara stereo, bicu audio 3.5mm
  • Port USB-C, pengimbas cap jari sisi
  • Dwi-kad SIM
  • Sistem operasi XOS 12 berdasarkan Android 12
  • Pilihan warna hitam Sonic Black, putih Legend White, biru Tempo Blue dan ungu Fantasy Purple
  • Harga: RM599

Infinix HOT 20i

  • Skrin IPS LCD berukuran 6.6 inci, resolusi 720×1612
  • Cipset MediaTek Helio G25
  • RAM 4GB
  • Storan dalaman 128GB, boleh dibesarkan dengan kad microSD
  • Kamera utama 13MP
  • Kamera swafoto 8MP
  • Bateri 5,000mAh
  • Bicu audio 3.5mm, pembesar suara mono
  • Port microUSB, pengimbas cap jari di belakang telefon
  • Dwi-kad SIM
  • Sistem operasi XOS 10.6 berdasarkan Android 12
  • Pilihan warna hitam Wilderness Black, biru Luna Blue, hijau Energy Green dan emas Sunset Gold
  • Harga: RM499

Kedua-dua telefon ini boleh dibeli daripada laman rasmi Infinix dalam Shopee bermula 11 November 2022.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: