Sepang – Atlet pendakian, Khairil Aslan Ab Rashid berjaya menawan tiga puncak gunung dalam ekspedisi Banjaran Paru Paru, Indonesia dalam masa 21 hari lalu.
Khairil Aslan, 47, melengkapkan ekspedisi berkenaan bermula 15 Oktober lepas dengan mendapat tajaan dana Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Tiga puncak gunung yang ditawan pendaki itu adalah puncak Tanpa Nama (ketinggian 3,455 meter), puncak Loser (3,404 meter) dan puncak Lauser (3,119 meter).

“Tahniah, seluruh warga MBPJ akan sentiasa menjadi tulang belakang dan menyokong Khairil Aslan,” katanya sejurus tiba ke tanah air di KLIA2 malam tadi.
Khairil turut teruja bercerita pengalaman sepanjang ekspedisi pendakian dan menyatakan rasa terharu apabila bakal memahat nama Petaling Jaya pada monumen puncak paru-paru dunia.
“Sewaktu disana, saya telah bertemu Bapak Mamat seorang pegawai perhutanan tertinggi Indonesia.
“Beliau meminta pelbagai idea bagaimana untuk membawa lebih ramai pendaki seluruh dunia ke puncak tertinggi di Indonesia ini dan Alhamdulillah beliau menerima sebulat suara setiap cadangan yang saya ketengahkan.

“Lebih menarik, beliau mempelawa saya untuk memberi nama puncak ini dan saya bercadang membawa idea membian monumen Petaling Jaya disini” tambahnya.
Beliau juga menjelaskan, kerjasama ini perlu dibentangkan kepada Datuk Bandar Petaling Jaya dan memerlukan kertas kerja dan perbincangan yang teliti.

Bercerita lanjut, Khairil Aslan berkata, Banjaran Paru Paru Dunia adalah hutan hujan tropika yang terbesar di Asia dianggarkan berkeluasan 4.5 juta hektar dan turut digelar sebagai negeri seribu gunung (mempunyai ribuan gunung) dan serpihan dari syurga.
Katanya, puncak tertinggi di Banjaran Paru Paru Dunia adalah Gunung Loser setinggi 3,404 meter serta Gunung Leuser setinggi 3,119 meter dan ia terletak dalam kawasan Taman Nasional Leuser.
Untuk rekod, ekspedisi pertama Khairil Aslan melakukan pendakian ke Banjaran Paru Paru Dunia selama 25 hari iaitu mendaki melalui Barat Daya hingga ke Selatan Banjaran Paru Paru Dunia pada 2015 dan yang kedua pada 2017.