Terkini

Dr. Alice saran kesedaran memilih servis kecantikan dan produk yang tepat

Kuala Lumpur – Seperti kita sedia maklum, dengan pelbagai jenis produk kecantikan, sangatlah penting untuk sentiasa berwaspada dengan tuntutan produk yang berlainan yang ada. Tiada siapa yang mahukan produk penjagaan diri dipercayai mengandungi bahan kimia berbahaya. Syukurlah, alternatif dan amalan lebih selamat disediakan dan terdapat langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan pendedahan toksik dan melindungi kesihatan anda.

Oleh itu, untuk memahami dan mendalami lebih lanjut tentang ini, Dr. Alice Prethima Michael, pakar dermatologi di Dr. Alice Total Wellness Aesthetics & Cosmetic Centre telah memberikan beberapa tips penting yang boleh kita praktikkan.

Beliau turut menekankan tentang kesedaran memilih perkhidmatan doktor yang diiktiraf adalah sangat penting bagi memastikan rawatan yang diterima bersesuaian dengan masalah dan anatomi diri seseorang.

“Setiap orang berhak untuk bertanya pensijilan lesen kedoktoran, servis, jenis rawatan, jenis ubat yang digunakan mahupun jenis mesin perubatan yang digunakan.

“Saya tiada masalah untuk menunjukkan semua itu kerana terbukti diiktiraf dan legit, boleh juga membuat carian di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia untuk melihat lesen kedoktoran dan bidang perubatan saya”

Beliau turut menggesa orang ramai tidak hanya melihat pada pakej harga yang ditawarkan namun pelbagai aspek penting harus diutamakan. Dalam masa sama, beliau menambah jangan terpedaya dengan servis estetik dari juru kecantikan kerana kebanyakkanya tidak memiliki lesen perubatan yang diiktiraf.

“Tidak semestinya yang murah itu bagus dan tidak semestinya yang mahal itu tidak bagus”

“Bidang kepakaran juru kecantikan kebiasaannya dari aspek cucian wajah (facial), mekap, kosmetik namun bagi doktor pakar seperti kami pula bidang dan rawatan kulit mahupun badan lebih luas, kompleks dan menyeluruh, jadi orang ramai haruslah bijak memilih dan bukan hanya mempertimbangkan harga semata-mata” jelasnya lagi.

Tambahnya lagi, begitu juga dalam memilih produk kecantikan juga perlu ada pengetahuan dari bahan-bahan yang digunakan dan paling penting sesuai dengan jenis kulit, cuaca dan alahan yang ada.

“Saya lihat ramai yang mengimpikan kulit seperti orang Korea dan lebih terpikat dengan produk yang menjanjikan kesan kulit sebegitu jika memakainya, ternyata ini adalah lebih kepada memikirkan keuntungan semata-mata.

“Perlu kita ambil tahu struktur kulit orang Korea dan Malaysia adalah berbeza. Produk mereka adalah sesuai dengan cuaca disana namun bagi kulit orang kita, pemilihan produk wajib sesuai dengan persektaran dan cuaca di Malaysia.

“Jika tersalah memilih produk, pasti ada impilkasi kepada kulit kita” jelasnya lagi.

Bagi yang berminat untuk mendapat servis dan perundingan dari Dr Alice boleh layari https://www.dralicemd.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: