Kuala Lumpur – Penyanyi popular Indonesia, Cakra Khan kembali ke negara ini dengan berita gembira apabila merancang mengadakan konsert di Plenary Hall, Pusat Konvesyen Kuala Lumpur pada 20 Januari tahun depan.
Konsert A Decade: Cakra Khan Live In Kuala Lumpur 2023 anjuran Seven Skies Motion bakal merupakan konsert sulung pertama penghibur berusia 30 tahun yang popular dengan lagu Harus Terpisah turut mengumumkan akan mendedikasikan segmen istimewa sebagai penghargaan atas jasa arwah ayahnya yang memberi sokongan kepadanya untuk menceburi arena seni.

“Banyak perkara yang saya kesali terutama membabitkan momen bersama ayah, tetapi saya tetap bersyukur dia ada dari awal saya menceburi arena nyanyian.
“Ketika kecil ayah yang galakkan saya sertai pertandingan selain gigih menemani ke pelbagai acara. Dia pencetus inspirasi dan pendorong setiap karya saya.
“Allahyarham antara individu utama yang menjadikan saya seorang penyanyi pada hari ini. Jadi konsert itu nanti akan ada tribute untuk ayah,” katanya pada sidang media sempena konsertnya di sebuah hotel di ibu kota.

Menurut Cakra Khas “Semasa arwah ayahnya ada, setiap kali ada acara melibatkan nyanyian pasti ayah selalu menghantar dan dia amat bersyukur ayahnya sempat melihat kejayaan saya sebagai penyanyi,”
“Alhamdulillah, konsert ini juga adalah penghargaan untuk arwah ayah. Sehingga sekarang, saya masih terkenang saat ayah tidak sedarkan diri ketika berada di Unit Rawatan Rapi (ICU)” katanya.
Cakra Khan bagaimanapun tidak pernah terfikir untuk melepaskan serta meninggalkan kerjaya sebagai penyanyi walaupon ketika berhadapan detik hitam tersebut.


Cakra atau nama sebenarnya Cakra Konta Paryaman merupakan artis kelahiran Jawa barat.
Beliau juga popular dengan lagu Seluruh Cinta, berduet dengan nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza pada 2012.
Lagu tersebut telah memenangi Anugerah Planet Muzik (APM) ke-14 dalam kategori Kolaborasi Terbaik (Artis) pada 2015.