HONOR Magic9 Pro Max Save The Date KV

KUALA LUMPUR – HONOR Malaysia bakal memperkenalkan telefon pintar mercu terbaharunya, HONOR Magic9 Pro Max, pada 24 November ini dengan mengetengahkan teknologi pengimejan sinematik hasil kerjasama strategik bersama ARRI, peneraju industri teknologi sinematografi profesional.

Pelancaran sempena ulang tahun ke-10 siri HONOR Magic itu menandakan satu pencapaian baharu dalam evolusi teknologi pengimejan mudah alih apabila kepakaran sinematografi dan teknologi warna ikonik ARRI dibawa terus ke dalam sebuah telefon pintar.

Menerusi kerjasama berkenaan, HONOR Magic9 Pro Max menawarkan pengalaman rakaman bertaraf profesional yang membolehkan pengguna menghasilkan foto dan video berkualiti sinematik tanpa memerlukan peralatan penggambaran bersaiz besar.

Keupayaan peranti itu diperkenalkan kepada wakil media menerusi sesi pengalaman eksklusif yang menampilkan tiga set studio imersif, termasuk landskap berinspirasikan Dune, Portrait Studio dan rumah kampung tradisional Malaysia.

Antara tarikan utama peranti berkenaan ialah Sistem Pengimejan Sinematik ARRI Dwi-200MP yang menggabungkan kamera utama dan telefoto masing-masing beresolusi 200MP bagi menghasilkan imej dengan perincian tinggi dalam pelbagai keadaan pencahayaan.

Sistem kamera itu turut dilengkapi penstabilan bertaraf gimbal 3 darjah bagi memastikan rakaman menggunakan tangan lebih lancar, selain penstabilan CIPA 8.0 untuk menghasilkan foto dan video yang lebih jelas.

Prestasi pengimejan turut dipertingkat menerusi cip HONOR H1 Imaging yang dibangunkan menggunakan proses 6nm. Cip berkenaan memproses imej RAW secara masa nyata, meningkatkan nisbah isyarat kepada hingar sebanyak 8dB serta menyokong julat dinamik sehingga 14 stops bagi mengekalkan perincian pada kawasan terang dan bayang-bayang.

Dari sudut penghasilan video, HONOR Magic9 Pro Max memperkenalkan ARRI CINEMA Mode yang membawa ciri sinematografi profesional ke dalam satu antara muka mudah digunakan.

Teknologi itu menyokong ARRI LogC3 Curve bagi mengekalkan lebih banyak perincian dalam keadaan pencahayaan dinamik, selain menghasilkan peralihan warna lebih semula jadi dan tona kulit yang tepat.

Sokongan rakaman APV 10-bit dengan subsampel krominans 4:2:2 turut memberikan fleksibiliti lebih tinggi ketika proses pascaproduksi, selain membantu mengurangkan saiz fail sekitar 20 peratus.

Pengguna juga boleh memilih pelbagai ARRI Looks, menggunakan profil lensa, menetapkan paparan sinematik 2.39:1 serta mengawal tetapan mikrofon secara langsung menerusi mod berkenaan.

Menariknya, peranti itu turut membolehkan pengguna mengimport LogC3 LUT tersuai daripada ekosistem yang menawarkan lebih 10,000 pilihan pihak ketiga. Gabungan gamut warna ultra luas ARRI Wide Gamut (AWG) memberikan kebebasan kepada pencipta kandungan untuk menghasilkan identiti visual dan suasana warna mengikut kreativiti masing-masing.

Bagi melengkapkan pengalaman penggambaran, HONOR Magic9 Pro Max turut dilengkapi sistem Mikrofon Berarah Taraf Sinematik yang dibangunkan sendiri dan diinspirasikan daripada mikrofon shotgun profesional di set penggambaran.

Sistem audio itu menawarkan empat pratetap pintar iaitu Long Range, Close Up, Voice Isolation dan Voice Boost. Mod Long Range membolehkan rakaman suara dilakukan pada jarak sehingga 20 meter, manakala Professional Custom Mode memberikan kawalan manual untuk pelarasan audio mengikut keperluan pengguna.

Keupayaan rakaman turut dipertingkat menerusi ciri 4K LiveVideo yang membolehkan detik yang dirakam dihasilkan sebagai video bergerak selama tiga saat pada resolusi sehingga 4K. Pengguna juga boleh menggunakan ARRI Looks secara langsung serta memilih nisbah paparan 16:9 atau format sinematik 2.39:1.

Bagi penggemar fotografi jarak jauh, HONOR menyediakan aksesori teleconverter khusus 200mm (2.35x) dan 500mm (5.88x), dengan jarak fokus boleh diperluaskan sehingga 14,000mm.

Keupayaan itu membolehkan pengguna merakam pelbagai subjek dari jarak jauh, termasuk hidupan liar, aksi sukan dan persembahan konsert dengan lebih terperinci.

HONOR Magic9 Pro Max turut menyokong HONOR SmallRig Mobile Video Kit serta expansion cage bagi memberikan kestabilan lebih baik ketika penggambaran dan fleksibiliti dalam menghasilkan pelbagai sudut rakaman.

Dengan gabungan perkakasan pengimejan beresolusi tinggi, teknologi warna ARRI, sistem audio khusus serta aksesori profesional, HONOR Magic9 Pro Max dilihat berpotensi mengubah landskap penciptaan kandungan menerusi telefon pintar.

Orang ramai boleh menyaksikan pelancaran rasmi HONOR Magic9 Pro Max di Malaysia pada 24 November 2026, jam 3 petang, menerusi siaran langsung di Facebook rasmi HONOR Malaysia.

Selain teknologi pengimejan sinematik, pelancaran itu turut menjanjikan pengumuman mengenai peningkatan perkakasan dan ciri-ciri lain yang ditawarkan peranti mercu berkenaan.

Untuk maklumat lanjut, ikuti Facebook rasmi HONOR Malaysia atau layari laman web https://www.honor.com/my.

Leave a Reply