Terkini

Skin Dessert bukti 6 produk bebas bahan berbahaya

KUALA LUMPUR – Produk penjagaan kulit dan kosmetik viral, Skin Dessert oleh syarkat Ailezee Rich Sdn Bhd memaklumkan bahawa enam produk Skin Dessert termasuk Skin Dessert Repairing Moisturizer tidak mempunyai kandungan bahan merkuri berdasarkan ujian makmal Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM).

Pengasas dan Pengarah Urusan Skin Dessert, Mohd Aliff Abd Kadir menjelaskan perkara ini perlu dimaklumkan kepada orang awam selepas terdapat pihak mempertikaikan kredibiliti dan keselamatan produk itu hingga menjadi tular.

Produk lain yang turut tersenarai bebas logam berat ialah Skin Dessert Soothing Moisturiser, Skin Dessert Lip Plump Peptide, Skin Dessert Acne Repairing Serum, Skin Dessert Cushion Sunscreen Iberry Bright dan Skin Dessert Cushion Sunscreen (Creamy Cheese).

“Isu ini menjadi viral apabila SIRIM menerusi akaun rasmi media sosialnya meninggalkan komen ‘penafian’ di hantaran gambar memaparkan saya bersama isteri di hadapan bangunan agensi itu pada Oktober 2022” katanya.

Jelas beliau, tujuan gambar diambil dan dimuat naik untuk memaklumkan bahawa Skin Dessert sedang dalam proses menjalankan ujian produk bersama SIRIM.

“Namun, SIRIM melalui komen mengatakan: pihaknya ingin menegaskan bahawa SIRIM tidak pernah menjalankan sebarang pengujian terhadap produk Skin Dessert.

“Berikutan itu, kami mendapat tohmahan dan menyatakan langkah ini hanyalah gimik jualan,” katanya ketika sidang media di Bamboo Hills, di sini pada Rabu.

Sehubungan itu, pihaknya telah menghantar produk utama iaitu Skin Dessert Repairing Moisturizer untuk tujuan ujian makmal kepada SIRIM, pada 8 September lalu.

“Kemudian, pada 16 November 2022, SIRIM telah menyerahkan report ujian kepada pihak kami.

“Hasil report ujian dari SIRIM itu, Skin Dessert Repairing Moisturizer dinyatakan sebagai, di bawah syarat ujian, Skin Dessert Repairing Moisturizer adalah dianggap tiada keradangan. (Under the condition of this test, Skin Dessert Repairing Moisturizer is consider as non-irritant (NI) to in vitro skin LabCyte EPI-Model 24),” jelasnya lagi.

Melalui Pelan Penstrukturan Semula Jangka Masa Panjang Skin Dessert, kesemua produk akan dihantar untuk ujian makmal secara berperingkat bermula dengan Skin Dessert Repairing Moisturizer.

“Skin Dessert juga turut menghantar enam produk untuk ujian makmal di Pusat Racun Negara Malaysia Universiti Sains Malaysia.

“Hasil ujian, kesemua produk yang dihantar diklasifikasikan sebagai Not Detected atau diuji bebas daripada kandungan logam berat. Ujian produk telah dijalankan di Makmal Toksikologi Pusat Racun,” katanya.

Bagaimanapun, susulan daripada isu terbabit yang memberi kesan buruk kepada Skin Dessert, kata Mohd Aliff, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang kepada beberapa pihak melalui Tetuan Raidah Nazuha Law Chambers.

Peguamnya, Nur Nazuha Zohor Ali memaklumkan pihaknya telah memulakan tindakan undang-undang dengan menghantar surat tuntutan terhadap SIRIM pada 7 Disember di atas kenyataan agensi itu yang disifatkan memfitnah dan mencalarkan reputasi dan kebolehankepercayaan pengguna terhadap pemilik, jenama dan produk tersebut.


Dalam pada itu, pengasas produk , Zirra Abdullah juga menjelaskan mengenai isu lima produk kosmetik antaranya Skin Dessert Cream dikesan mengandungi racun berjadual, oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan (KKM) pada penghujung Oktober 2022.

“Untuk makluman, Skin Dessert Cream adalah produk yang telah ditarik balik daripada pasaran oleh pihak kami dan dihentikan pengeluaran pada Disember 2021 melalui satu memo yang disiarkan di sosial media rasmi.

“Ejen dan stokis juga telah dimaklumkan dan tidak menjual produk ini. Namun bagi menghormati arahan dari KKM, Skin Dessert pada 30 Oktober lalu telah mengeluarkan satu lagi memo memanggil balik produk ini yang masih ada di pasaran,” katanya.

Katanya, pihak KKM juga telah dimaklumkan mengenai perkara berkenaan dan proses semakan semula sedang berjalan ketika ini.

“Insya-ALLAH Skin Dessert akan mengeluarkan satu memo mengenai keputusan KKM dalam masa terdekat,” ujarnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: