Bisnes

AINAA Beauty buka peluang perniagaan baru lebih selamat

Putrajaya – AINAA Beauty, pengeluar produk penjagaan kecantikan, mahu terus aktif pada tahun depan untuk memperkasa golongan muda di bawah umur 25 tahun untuk terlibat dalam dunia perniagaan sekali gus menjana hasil lumayan hasil bimbingan daripada syarikat.

Pengasas syarikat, Abdul Hafiz Harisuddin Mahamad berkata, persekitaran ekonomi yang makin sukar kini telah mendorong ramai yang mencari pendapatan tambahan untuk menampung kos sara hidup yang tinggi dan ini memberi peluang kepadanya untuk fokus membantu golongan muda yang bersemangat kuat.

Prihatin dengan nasib segelintir golongan muda yang ‘tersilap langkah dalam bisnes’ hingga ada yang diisytiharkan muflis dan dikelilingi hutang, jenama ini melancarkan kempen ‘Malaysia Baru, Peluang Perniagaan Baru’.

Menurut beliau, antara langkah bijak yang boleh diterokai mereka adalah menyertai sistem perniagaan yang mengamalkan konsep ejen dan stokis yang telus dan bersih.

“Sebab itu ramai anak muda datang berjumpa kami dan minta bantuan untuk keluar daripada masalah kewangan yang menghimpit mereka.

“Lebih menyedihkan, kebanyakan mereka yang hadapi masalah ini berusia 25 tahun ke bawah, ada yang tanggung hutang melebihi RM2 juta selain ada yang pinjam dengan ahlong, katanya ketika ditemui pada Sesi ‘Briefing & Chillin With Ainaa Beauty’ di sini pada Khamis.

Tambahnya lagi, kitaran sistem ejen dan stokis yang tidak sihat akan  hanya menguntungkan satu belah pihak sahaja jadi ini akan mengakibatkan lebih ramai lagi anak muda di luar sana hidup dalam kesakitan.

“Sehubungan itu,  adalah penting bagi masyarakat untuk dididik dan didedahkan dengan jenama-jenama produk lokal yang menggunakan sistem ejen dan stokis dengan betul,” katanya lagi.

Jelas beliau, setelah hampir enam tahun menempa nama menggunakan sistem ejen dan stokis yang telus dan bersih, AINAA Beauty telah berjaya melahirkan lebih dari 3,000 usahawan.

Ia disokong oleh pasukan pengurusannya serta dibantu 10 stokis terbesar dalam komuniti mereka yang kini mempunyai empayar perniagaan yang stabil dan berwawasan. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: