Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan meneruskan siastan bagi membolehkan tindakan tatatertib diambil terhadap jurulatih yang menampar remaja permpuan dalam insiden di satu kejohanan di Kota Tinggi, Johor, Disember lalu.
KPM juga sedia memberi kerjasama kepada pihak Polus Diraja Malaysia (PDRM) sekiranya terdapat laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak berhubung insiden itu.
“KPM memandang serius terhadap isu yang dilaporkan oleh pihak media dan satu sesi pertemuan dengan ibu bapa murid terlibat akan dilaksanakan untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan laporan tersebut.
“KPM juga akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak PDRM, jika ada laporan polis dibuat mengenai insiden berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Insiden yang tular di media sosial iti dipercayai berlaku semasa Kejohanan Bola Tampar Remaja Bawah 14 Tahun di Kota Tinggi, Johor yang diadakan pada 14 hingga 16 Disember lalu.
Dalam pada itu, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, KPM tidak akan berkompromi dan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menyiasat tindakan jurulatih itu.
Dia berkata laporan penuh berkenaan isu itu akan menyusul dan kementeriannya turut memohon saksi untuk tampil bagi memberi keterangan.
“Tekad mewujudkan sekolah selamat untuk semua murid akan sentiasa menjadi keutamaan,” katanya dalam ciapan menerusi Twitter rasminya malam tadi
Sementara itu Persatuan Bola Tampar Malaysia (Mava) dalam kenyataan yang dikeluarkan malam tadi memaklumkan pihaknya juga telah mengambil langkah menubuhkan badan siasatan bagi menyiasat kejadian tersebut dengan serta-merta serta akan berhubung dengan pihak berkaitan bagi tujuan berkenaan.
Pihaknya juga turut menggantung pembabitan jurulatih berkenaan dalam sebarang aktiviti bola tampat sehingga siasatan selesai.
“Mava sama sekali tidak akan bertoleransi dengan sebarang penggunaan kekerasan ke atas mana-mana pihak serta bersedia untuk mengambil tindakan selanjutnya mengikut lunas undang-undang serta Perlembagaan Mava,” menurut kenyataan itu.