KUALA LUMPUR – Tahun baru bermula dengan cukup bertuah bagi seorang pakar bius dan keluarganya apabila beliau terpilih sebagai pemenang hadiah utama peraduan ‘MR D.I.Y. & MR. DOLLAR x P&G ‘Beli & Menang’.
Dr. Samsul Faizal Bin Samsuddin, 39, yang bertugas di Hospital Sungai Buloh, Selangor, berjaya membawa pulang sebuah kereta Perodua Alza 1.5LX.
Semasa di majlis penyampaian hadiah untuk peraduan tersebut yang dianjurkan bersama oleh peruncit perkakas rumah terbesar di Malaysia, MR D.I.Y. dan syarikat barangan pengguna Procter & Gamble Sdn Bhd [P&G], pemenang bertuah tersebut yang ditemani enam orang ahli keluarganya berkata, “Ini sememangnya impian jadi kenyataan! Saya dan keluarga telah lama mengimpikan kereta yang lebih besar dan sedang merancang untuk membeli sebuah kereta yang boleh memuatkan tujuh orang penumpang. Saya seolah-olah tidak percaya bahawa saya telah memenangi peraduan ini. Terima kasih kepada para penganjur keran menjadikan perjalanan kami sekeluarga lebih selesa – tidak sabar rasanya untuk memandu kereta ini!”

Majlis penyampaian hadiah untuk para pemenang Utama dan Hadiah Kedua peraduan tersebut telah diadakan di Pusat Membeli-Belah MyTOWN di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Dalam ucapannya, Alex Goh, Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y. berkata, “Kami sedar bahawa para pengguna hari ini mahukan lebih nilai dari pembelian mereka, dan salah satu cara yang menarik untuk kami melakukannya adalah melalui peraduan dan promosi berkala. Usaha sama dengan P&G, kaedah peraduan yang mudah dan hadiah yang lumayan telah berjaya menarik jumlah penyertaan yang amat tinggi dari seluruh Malaysia.
Kami sungguh gembira kerana dapat menjadikan kunjungan Shamsul ke sini lebih bermakna dan berharap dapat meraikan lebih banyak peristiwa seperti ini bersama para pelanggan kami pada masa hadapan.”

Peraduan MR. D.I.Y. & MR. DOLLAR x P&G ‘Beli & Menang’ menyaksikan 654 pelanggan bertuah membawa pulang pelbagai hadiah bernilai lebih RM100,000. Selain Hadiah Utama berupa sebuah kereta Perodua Alza 1.5LX baharu, tiga orang pemenang juga telah menerima iPhone 14 Pro 128GBs sebagai hadiah kedua, dan baucar tunai RM50 MR D.I.Y. dan/atau MR. DOLLAR sebagai hadiah saguhati.
Peraduan MR. D.I.Y. & MR. DOLLAR x P&G ‘Beli & Menang’ telah diadakan dari 15 Oktober hingga 30 November 2022 di cawangan-cawangan MR. D.I.Y. dan MR. DOLLAR terpilih serta dalam talian di mrdiy.com.my.