Terkini

82% Peniaga vape tempatan gesa peraturan kawal selia disegerakan

KUALA LUMPUR – Tinjauan baru-baru ini menunjukkan bahawa majoriti (82%) perniagaan vape di Malaysia mahu Kerajaan mengambil langkah segera untuk mengawal selia industri, terutamanya kerana ia telah ditangguhkan sejak 2015.

Penangguhan ini menjadi kebimbangan utama bagi kebanyakan pihak dalam industri kerana 95% responden tinjauan ini mengatakan bahawa peraturan akan menghalang penjualan kepada kanak-kanak manakala 75% bersetuju bahawa peraturan akan membantu memastikan produk vape memenuhi standard keselamatan dan kualiti. Selain itu, 70% perniagaan vape percaya bahawa peraturan akan mewujudkan peluang pekerjaan dan menarik pelaburan langsung domestik dan asing.

Penemuan ini adalah hasil tinjauan RegulateVape, yang baru-baru ini dijalankan oleh Malaysian Vape Industry Advocacy (MVIA), sebuah kumpulan advokasi tidak berkeuntungan yang menyokong usahawan dan perniagaan vape Malaysia.

Rizani Zakaria, Presiden Malaysian Vape Industry Advocacy berkata “Tinjauan pendapat yang meninjau 160 usahawan dan perniagaan vape di seluruh Malaysia ini telah menunjukkan sokongan yang amat menggalakkan kepada Kerajaan dalam pengenalan peraturan untuk industri kami. Ini tidak menghairankan kerana seruan untuk peraturan selalu dibangkitkan di peringkat akar umbi.”

“Selain itu, sebahagian besar perniagaan vape telah mengawal selia sendiri dan mematuhi piawaian tertinggi untuk memastikan keselamatan produk. Pelaburan yang besar juga telah dibuat untuk memastikan industri terus maju ke hadapan. Bagaimanapun, pemain industri setakat ini masih bimbang kerana belum ada langkah yang diambil untuk memastikan peraturan diperkenalkan.”

“Kerajaan harus melihat pilihan untuk mengawal selia industri vape dengan segera dan bukannya menunggu Akta baharu dibentangkan di Parlimen. Ini bagi memastikan aktiviti industri dikawal dengan pantas untuk mengelakkan penjualan produk kepada kanak-kanak dan pada masa yang sama, industri ini dapat terus berkembang sambil menyumbang kepada ekonomi negara.”

Selain itu, 85% responden juga mengatakan bahawa peraturan tidak boleh terlalu drastik. Tahun lepas, ramai dalam industri menyatakan kebimbangan mereka terhadap cadangan generasi penamat dan menyeru agar Kerajaan menyemak dan menilai semula cadangan itu.

“Industri yang dianggarkan bernilai RM2.27 bilion pada 2019 ini berpotensi memainkan peranan penting untuk menyumbang kepada negara kerana industri itu turut menggaji tenaga kerja tempatan dan berkeupayaan memacu pelaburan asing dan domestik. Melalui tinjauan pendapat kami, jelas pemain vape terbuka dan bersedia untuk dikawal tanpa peraturan drastik bagi membolehkan mereka terus menyumbang kepada ekonomi,” akhiri Rizani.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: