Kuala Lumpur – Siapa pernah sangka, kerjaya di awan biru terpaksa dilepaskan dek minat dalam dunia perniagaan lebih mendalam dan menebal dalam diri.
Itu seperti apa yang dialami Rohimin Omar, 43, yang terpaksa melepaskan jawatan sebagai peramugari setelah bertahun lamanya untuk berkecimpung sebagai usahawan berjaya.
Kongsi Rohimin atau lebih senang digelar Ro, sebelum menceburkan diri dalam perniagaan, dia sebelumnya terjun ke dalam bidang penerbangan bersama Malaysia Airline pada 2011 dan melepaskan jawatannya pada 2018.

“Saya tinggalkan kerjaya peramugari dan beralih ke bidang perniagaan dengan membuka sebuah kafe di Melaka sambil beberapa perniagaan kecil yang lain.
“Kemudian pada fasa pandemik, selepas menutup perniagaan kafe di Melaka dan ketika itu saya mendapat tawaran dari sebuah syarikat Maker Recipe Sdn Bhd yang mengeluarkan rempah jenama cap 0 berpengkalan di utara Malaysia sebagai pengurus pemasaran dengan meluaskan penjualan rempah ratus melalui sistem dalam talian”, jelasnya.

Ro turut menambah, dengan minat yang mendalam dalam dunia perniagaan makanan (F&B), beliau membuka sebuah kafe yang berasaskan makanan dimasak dengan menggunakan rempah cap 0 dan mengambil inspirasi nama Maker’s Cafe sempena nama pengeluar rempah yang digunakan.
“Saya melihat rempah cap 0 ini mempunyai potensi yang baik dan ianya harus diketengahkan di seluruh negara agar setiap orang dapat merasai keenakan dan kelainan rempah utara ini”.
“Jadi, setiap menu yang ada di Maker’s Cafe menggunakan rempah ini dan kebanyakkan pelanggan yang datang pasti bertanya mengenai rempah yang digunakan dan disini juga kami menjual pelbagai jenis rempah cap 0 untuk dibawa pulang”, ujarnya lagi.

Bagi peminat pencuci mulut, pelanggan boleh juga menikmati keenakan pelbagai jenis kek dan kopi Bella The Bakers di kafe ini yang pastinya membuatkan pelanggan tersenyum puas dengan kualiti dan rasanya.
Bella The Bakers yang diusahakan oleh Rahayu Omar, 30, juga seorang bekas peramugari yang terkesan dengan pemberhentian pekerja sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di fasa pandemik, mengambil inisiatif melalui kepakarannya membuat kek bagi meneruskan kelangsungan hidup.
“Selepas diberhentikan dari MAS, saya tidak duduk diam dan mencari alternatif untuk menjana pendapatan melalui minat dan pengetahuan dalam membuat kek untuk dipasarkan secara online”.


“Dari situ, tempahan kek mendapat sambutan setiap hari. Pada awalnya, saya memulakan bisnes hanya untuk membayar komitmen bulanan dan selepas itu barulah aktif dalam beberapa kelas dan kursus untuk menambah ilmu pemasaran”, jelasnya.
Lebih selesa dipanggil Ayu, bekas Top 5 finalis pencarian Nona Superwoman 2021 itu menyifatkan kolabrasi bersama Maker’s Cafe adalah satu platform untuk membawa hidangan kek ini secara penjualan fizikal (offline) pula.
“Saya dan Ro adalah rakan sekerja yang sama-sama terbang ketika dalam airline dahulu, dan apabila Ro mempelawa Bella The Bakers bersama-sama dengan kafe beliau, saya amat berbesar hati dan pelanggan boleh menikmati pelbagai jenis burnt cheese cake yang menjadi signature serta kek-kek yang lain yang ada disini”, tambahnya lagi.
Selain dari makanan melayu, Maker’s Cafe juga mempersembahkan pelbagai menu western seperti chicken chop, lamb grill, chicken grill dan pelbagai lagi. Pelanggan juga boleh mendapatkan hidangan yang dijual sejuk beku (frozen) untuk dibawa pulang.

Kafe yang berkonsepkan santai ini, menyajikan pelbagai hidangan yang pasti membuatkan pelanggan untuk merasa setiap menu yang ada dan akan datang lagi untuk mencuba pelbagai makanan dan minuman lain.
Tambahan lagi, inspirasi pemilik yang mengilhamkan sebuah kafe yang menjadi ‘central kitchen’ pelbagai hidangan asia dan antarabangsa serta sebagai lokasi santai untuk menghirup kopi beserta sepotong kek untuk para pengunjung dapat diaspirasikan di Maker’s Cafe.
Bagi anda yang ingin berkunjung ke kafe ini, ia terletak di Bangunan Megan Avanue 2, jalan Yap Kwan Seng Kuala Lumpur. Beroperasi dari Isnin hingga Jumaat dari jam 8.30 pagi hingga 6 petang.