Hiburan Terkini

Seniman mahu amalan lantikan politik di Finas dihentikan, gesa bertemu Menteri Komunikasi dan Digital

Kuala Lumpur – Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) menggesa kerajaan supaya menghentikan segala pelantikan jawatan politik dalam industri hiburan.

Presidennya, Zed Zaidi berkata hal demikian kerana lantikan tersebut tidak pernah menyelesaikan masalah industri mengikut bidang kuasa Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Beliau turut menggesa Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil agar mengkaji semula perkara tersebut.

“Pelantikan CEO atau Ketua Pengarah harus berlaku secara semulajadi di peringkat dalaman FINAS itu sendiri di mana pegawai, pengarah atau timbalan ketua pengarah yang layak dan kelulusan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) perlu dinaikan pangkat supaya segala pentadbiran kerajaan dapat diselesaikan bagi mengelak masalah birokrasi.

“Serta ketirisan pentadbiran FINAS hatta, sekirannya masalah ini tidak ditangani awal nescaya, masalah yang diselubungi penggiat-penggiat seni di dalam industri kreatif Malaysia selama puluhan tahun ini tidak akan dapat diselesai sampai bila-bila,” katanya.

Zed Zaidi berkata, lantikan politik secara dasarnya tidak pernah menyelesaikan masalah industri kreatif di negara ini.

“Ini sangat memalukan.

“Justeru, kami mencadangkan agar (Menteri Komunikasi dan Digital) Fahmi Fadzil supaya pelantikan CEO Finas secara lantikan politik selama dua tahun perlu dihentikan,” katanya.

Menurut Zed, 42, lebih membawa padah apabila wujud segelintir CEO yang dilantik secara politik menyalahgunakan kuasa serta individu dilantik juga tidak mempunyai pengalaman yang luas mengenai industri.

“Sesetengah CEO pula salah guna kuasa untuk menurunkan pangkat pegawai, mengenakan tindakan tatatertib dan menukarkan pegawai ke jabatan yang tidak bersesuaian dengan tanpa sebab.

“Ada juga CEO tidak tahu mengenai industri kreatif tetapi dilantik sebagai CEO. Ini sekali gus akan mencacat dan melambatkan lagi kelancaran pentadbiran Finas itu sendiri,” jelasnya lagi.

Seniman sekali lagi berharap dapat bertemu YB Fahmi Fadzil untuk menjelaskan mengenai perkara ini sebelum sesi parlimen bermula.

Beliau ditemui dalam satu majlis pelancaran dan penghargaan produk Maderms di Maeps, Serdang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: