Bisnes

Dato’ Fathiri Fadzlah lancar pewangi kereta Kayangan, jana bisnes sistem Unilevel

Kuala Lumpur – Hati dan jiwa sebagai seorang guru dalam dirinya tidak pernah berubah. Bagi lelaki ini, tugas mendidik tidak boleh berhenti serta tiada noktahnya.

Pernah bergelar seorang guru, karier itu menjadikan Dato’ Fathiri Fadzlah lebih kuat dan tidak sesekali berputus asa dalam berdepan cabaran membimbing anak bangsa.

Dato’ Fathiri Fadzlah, Pengasas pewangi Kayangan

Lulusan dari Universiti Pendidikan Sultan Idris pernah menjadi guru Matematik selama dua tahun lebih. Namun demi mengejar cita-cita sebagai ahli perniagaan berjaya, Fathiri melakukan pengorbanan besar melepaskan rasa cinta mendidik anak bangsa.

Bergelar usahawan dalam pelbagai bidang seperti agensi pelancongan, logistik, pembinaan dan pembalakan dan terbaharu mengusahakan pewangi kereta berasaskan kayu gaharu (oud) dengan campuran minyak essensial.

Pewangi kereta dengan nama Kayangan itu merupakan pertama di Malaysia yang dihasilkan melalui ekstrak pati kayu gaharu premium dengan gabungan minyak essential pelbagai bau sesuai citarasa rakyat Malaysia.

“Melalui kajian saya, rakyat Malaysia mengalami stress dan ketegangan (anxiety) lebih-lebih lagu dalam kesesakan jalan raya, ditambah dengan bauan pewangi kerea yang mengandungi campuran bahan sintetik yang menjadikan mood mudah berubah dan rasa cepat marah”.

“Oleh itu, saya mengambil pendekatan menghasilkan pewangi kereta berasaskan ekstrak pati oud yang mampu memberi ketenangan dan aura positif dalam diri dan ini terbukti dari beberapa kajian berkenaan kehebatan fungsi gaharu itu sendiri”, jelasnya.

Berkonsepkan perniagaan secara affiliate dengan menggunkan sistem unilevel, pewangi Kayangan dibawa Treasure Tree ini meletakkan strategi pemasaran berasaskan prestasi di mana ganjaran diberi kepada ahli untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka. 

Komisen dijana melalui pautan rujukan unik ahli. Selain itu, Bonus Kereta serta Kondominium Mewah bakal menjadi motivasi bagi mencapai kebebasan kewangan kendiri. Rancangan perniagaan yang komprehensif distruktur bagi melancarkan strategi pemasaran yang memanfaatkan potensi besar industri yang menguntungkan ini. 

Dengan memanfaatkan teknologi terkini, strategi pemasaran yang terbukti, dan rangkaian ahli gabungan berbakat untuk memacu hasil dan mencapai kejayaan jangka panjang.

“Saya lihat kebanyakkan perniagaan mengunakan teknik lama dengan mengekalkan strategi sistem piramid yang kebanyakkan digunakan oleh syarikat MLM, namun dengan Treasure Tree, kita gunakan teknik pemasaran yang lebih adil dan seimbang untuk semua ahli dan ejen”, tambahnya lagi.

Produk ini mempunyai 9 jenis wangian iaitu Patchouli, fruity floral, leather oud, smoky oud, tonka bean, tobacco oud, roses oud dan citrus floral. Setiap botol wangian bersaiz 6ml dengan ketahanan wangian lebih 1 bulan.

Pewangi kereta Kayangan ini dijangka bakal menembusi pasaran pada hujung Febuari nanti dan bagi orang ramai yang berminat menjana pendapatan boleh mendaftar untuk menjadi ahli THE FIRST 100 CLUB sekarang.

Turut hadir dalam sidang media, selebriti Ashraf Muslim sebagai rakan yang banyak bersama jatuh bangun dan penyokong beliau.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: