Gaya Hidup

Nikmati Santapan Di Raja restoran Rebung sempena Ramadan

Kuala Lumpur – Sempena kehadiran bulan yang dinanti-nantikan umat Islam di seluruh dunia, restoran Rebung tidak ketinggalan menawarkan promosi bufet Ramadan dengan tema masakan ‘Santapan Di-Raja’.

Berlangsung sepanjang bulan Ramadan bermula dari 23 Mac hingga 20 April 2023, restoran Rebung yang cukup sinonim dengan masakan tradisional Melayu menawarkan lebih 100 hidangan yang pasti akan mencuit deria rasa para pengunjung.

Antara hidangan utama yang disajikan adalah rendang pucuk ubi, tempoyak daun, nasi ulam, nasi hujan panas, daging salai lemak cili padi, asam pedas pari, patin tempoyak, masak lemak rebung, ayam percik dan macam-macam lagi masakan Melayu yang enak.

Selain itu, terdapat juga hidangan sampingan menerusi enam gerai yang menyajikan juadah seperti roti jala, murtabak, mee goreng mamak, char kuey tiow, mee rebus, bubur lambuk, onde-onde, ikan bakar, pisang goreng, jemput-jemput bawang, dan macam-macam lagi.

Bagi pencuci mulut pula, terdapat pelbagai kuih muih tradisional seperti seri muka, karipap,apam berlauk, sago gula Melaka, dodol cair, pulut kacau, aneka bubur dan macam-macam lagi.

Bagi menu yang melambangkan Santapan Di Raja, restoran Rebung mempersembahkan juadah istimewa lain seperti Nasi Ayam Golek Istana, kuih kacau keledek serta manisan Di Raja yang pasti sukar ditemui di tempat lain.

Para pengunjung yang datang berbuka puasa akan dihiburkan dengan persembahan ghazal dari Orkes Melayu Rojer disamping menikmati susun atur restoran bertemakan Istana Melayu lengkap dengan takhta dan barangan klasik.

Pemilik restoran, Chef Ismail berkata, antara sayur-sayuran dan ulam-ulaman yang dihidangkan ketika bulan puasa nanti adalah hasil tanaman di kebunnya sendiri yang terletak di Rembau.

“Alhamdulillah, saya tidak merasakan kenaikan kos harga barangan mentah adalah sesuatu yang membebankan bagi kami menyajikan hidangan terbaik kepada pengunjung, ini kerana antara bahan-bahan seperti sayur dan ulam adalah dari kebun sendiri”.

“Dari segi letak harga pada pakej, tiada masalah untuk harga dibawah seratus, apa yang paling penting pengunjung puas makan di restoran ini dengan juadah berkualiti” katanya.

Tambahnya lagi, pemilihan tema Santapan Di Raja yang dipilih bagi meneruskan sajian tradisi melayu serta memberi peluang orang ramai rasa dihargai melalui sajian makanan yang diberi.

Bufet Ramadan di restoran Rebung ditawarkan pada harga RM99 untuk dewasa dan RM69 untuk kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun. Orang ramai boleh membuat tempahan dengan menghubungi  03-2276 3535 / 2525.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: