Hiburan

QewComm anjur konsert amal rai 10 tahun penubuhannya

Kuala Lumpur – Qew Communications Sdn. Bhd (QewComm) bakal menganjurkan satu konsert amal yang diberi nama “Qew Communications Sdn Bhd 10 Years Anniversary Gala Night X Charity Concert”.

Bersempena dengan genap 10 tahun penubuhan QewComm, konsert amal ini diadakan bersempana untuk mengumpulkan dana dan diserahkan kepada badan kebajikan yang telah dipilih. 

Konsert gilang gemilang ini bakal diadakan di The Westin Hotel pada 17 Mac 2023 bermula pada jam 8 malam sehingga 11 malam.

Konsert ini bertujuan untuk mengumpulkan dana yang bakal disalurkan kepada badan kebajikan yang telah dipilih. Antara badan kebajikan tersebut seperti Yayasan Kebajikan Negara (YKN), Pertubuhan Kebajikan Niq Ehsan Malaysia (PKNEM), dan Persatuan Karyawan Malaysia (Solidariti for Iskandar Spring) atau lebih dikenali sebagai Karyawan. Setiap badan kebajikan yang dipilih ini mempunyai satu agenda yang sama iaitu membantu golongan yang memerlukan, kata Datin Nor Rahizahwati. 

Selain itu, QewComm juga menjanjikan gandingan artis yang mantap pada malam konsert tersebut. Antara artis undangan yang dijemput adalah Dato Khadijah Ibrahim, Datuk Ramli Sarip, Dato Awie, Dayang Nurfaizah, dan Ella. Datin Nor Rahizahwati berkata, pasti ramai yang merindui gandingan Dato Khadijah dan Datuk Ramli Sarip untuk disatukan semula di atas satu pentas berprestij ini.

Di samping itu, terdapat juga pemuzik yang mewakili ‘Solidariti for Iskandar Spring’ iaitu Syafiq Farhain, Ameng Spring, Umarul Iklim, dan Belle Fatah. Mereka Semua akan diiringi oleh pemuzik professional tanahair iaitu Ritz Metalasia, Helmi, Ude Wahid, Ujang Exist, Robot dan lain-lain.

Di samping itu, pada malam tersebut juga beberapa VVIP, menteri dan timbalan menteri turut dijemput untuk menghadiri majlis ini, diantaranya ialah Dato Sri Hajjah Nancy Binti Haji Shukri (Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat), YB Tuan Ahmad Fahmi Bin Mohamed Fadzil (Menteri Komunikasi dan Digital), YB Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad (Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim) dan YB Tuan Steven Sim Chee Keong (Timbalan Menteri Kewangan II). Sebahagian dari jemputan tersebut telah pun mengesahkan kehadiran mereka.

QewComm berharap konsert ini bakal mendapat sambutan yang hangat. Hal ini dikatakan demikian kerana konsert yang dianjurkan ini merupakan satu konsert amal yang setiap pembeliannya akan disalurkan ke badan kebajikan yang telah dipilih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: