Kuala Lumpur – Kira-kira 1,500 bekas bubur lambuk yang dimasak diagihkan kepada orang ramai sekitar ibu kota di sini menerusi Program kolabrasi Adabi Consumer Industries Sdn Bhd dan hotel Ancasa.
Gotong-royong memasak bubur lambuk itu bermula pukul 9 pagi antara kaki tangan Adabi dan hotel Ancasa disertai Cef Adabi, Cef Irwan Mohd Nor.

Program Tanggungjawab Sosial (CSR) berkenaan merupakan satu tradisi dan kemestian setiap tahun bagi Adabi mendekati pengguna sambil menghulurkan sumbangan berupa bubur lambuk dan produk Adabi kepada orang ramai.

Pengurus Pemasaran Adabi consumer Industries Sdn bhd, Azizie Amad memberitahu kerjasama dalam program memasak bubur lambuk dengan hotel Ancasa telah memasuki tahun kelima pada tahun ini.
“Bagi program ini, pasukan pemasaran Adabi berkerjasama dengan kaki tangan hotel bergotong royong memasak bubur lambuk dan diedarkan untuk warga kota.
“Saya berharap kerjasama ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan dan diperluaskan lagi” jelasnya.
Dalam masa sama, Adabi dan hotel Ancasa turut menyantuni kira-kira 60 orang anak-anak yatim dan asnaf dari Pertubuhan Kebajikan Al-Firdausi Cheras dalam satu majlis berbuka puasa disini hari ini.


Sumbangan duit raya dan produk Adabi turut dihulurkan buat mereka.

Turut bersama dalam majlis ini, Ramesh Bahadur, Pengurus Besar Hotel Ancasa Kuala Lumpur.