Terkini

Adabi kekal resepi bubur lambuk sejak 10 tahun

Kuala Lumpur – Adabi Consumer Industries Sdn Bhd berkerjasama dengan Emart24 dan Universiti Taylor bagi menjayakan program memasak bubur lambuk disini hari ini.

Program tersebut dijayakan oleh gabungan 50 tenaga kerja Adabi, Emart termasuk pelajar pelbagai bangsa dari Jabatan Pengajian Makanan dan Gastronomi Universiti Taylor.

Dalam program tersebut, Adabi mengagihkan sebanyak 2,000 pek bubur lambuk kepada pelajar dan petugas Universiti Taylor sempena Ramadan.

Presidennya, Adrian Roslan berkata, bubur lambuk yang dihasilkan cukup istimewa kerana menggunakan resipi turun-temurun sejak 10 tahun lalu.

“Setiap tahun kami buat agihan bubur lambuk ini kepada orang ramai. Tetapi satu perkara yang perlu semua tahu, resipi bubur lambuk ini tidak pernah kami ubah sejak 10 tahun lalu sebagaimana yang disarankan oleh Pengerusi kami iaitu Datuk Syed Manshor Syed Mahmood.

“Dia berpesan agar resipi bubur lambuk itu harus dikekalkan dengan menggunakan empat bahan utama bagi mengekalkan rasa dan aroma terbaik bubur lambuk Adabi.

“Antara bahan yang digunakan adalah sup bunjut, perencah sup, serbuk kurma dan serbuk nasi goreng ayam Adabi. Jadi, kami pikul tanggungjawab itu untuk terus memelihara resipi warisan turun-temurun ini demi menjaga kualiti rasa dan aroma masakannya,” tambahnya.

Jelasnya lagi, program yang sama juga dilakukan di 45 lokasi di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: