Gaya Hidup

Fipper lancar sandal Soloz

Kuala Lumpur – Jenama sandal terkenal, Fipper kali ini berkolabrasi dengan ikon E-Game terkenal, Faris Zakaria atau lebih dikenali sebagai Soloz.

Satu majlis perasmian telah diadakan dan dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh di lobi pusat beli belah, Paradigm Mall.

Soloz ketika ditemui menjelaskan kolabrasi ini adalah impiannya apabila ingin mengeluarkan jenama sandalnya sendiri.

Jelasnya, impian itu menjadi kenyataan apabila pihak Fipper berbesar hati berkerjasama dengannya dalam mengeluarkan sandal Soloz.

“Kerjasama ini merupakan satu usaha yang baik antara kami kerana sandal yang ditampilkan memberi keselesaan kepada si pemakai sandal,” katanya.

“Jadi saya teruskan untuk mengeluarkan koleksi ini manakala untuk design atau rekaan pula, ia dari Fipper,” katanya sambil menambah, dari segi pemilihan warna, ia adalah citarasanya.

Sandal Fipper x Soloz ini boleh didapati di semua cawangan Fipper seluruh negara dan juga melalui laman web rasmi http://www.fipper.com dengan harga RM99.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: