Politik

Proklamasi Orang Melayu pastikan suara bangsa dibela

KUALA LUMPUR – Proklamasi Orang Melayu mengemukakan 12 agenda perjuangan antaranya lemahnya Melayu sehingga kedaulatan tanah air ini bakal terlepas daripada tangan mereka.

Pengurusi Parti Putra Negeri Kedah, Datuk Seri Wira Marzuki ditemui dalam satu majlis iftar disini berkata, proklamasi orang melayu ini bukanlah bertujuan untuk menimbulkan huru hara namun ini sebagai satu kesedaran dimana suara dan hak orang melayu teris terbela.

Katanya, kempen ini secara langsung bertujuan untuk memberi kesedaran kepada orang Melayu akan agenda perjuangan bangsa dan tanah air yang perlu diberi perhatian sewajarnya.

“Kempen ini akan berjalan berterusan agar ia sampai kepada seluruh orang Melayu yang cintakan tanah air,” katanya.

Proklamasi Orang Melayu itu juga menyebut bahawa orang Melayu tidak pernah menguasai ekonomi negara ini. Seerti contoh, gerai-gerai kecil mereka sudah diambil orang dan dinafikan haknya.

“Malah mutakhir, satu-satunya kuasa yang ada iaitu politik juga terlucut dari tangan mereka.

“Nasib orang Melayu kini dan akan datang tidak lagi dapat ditentukan oleh mereka.

“Puncanya kerana kecuaian pemimpin Melayu sendiri,” katanya.

Selain itu turut digariskan dalam dokumen itu, parti Melayu atas nama Agama, Bangsa dan Negara sudah diseleweng menjadi parti untuk memewahkan diri.

“Rebutan jawatan dan wang telah menjahanamkan perpaduan bangsa Melayu.

“Masa depan Melayu kini amat gelap. Kemiskinan memaksa orang Melayu menjual tanah-tanah mereka,” ujarnya.

Tegas proklamasi itu lagi pemulihan bangsa Melayu hanya akan berjaya jika mereka kembali bersatu.

“Menyelamatkan bangsa itu adalah kewajipan dan bukannya perkauman. Namun, ia akan menjadi perkauman jika bangsa itu dibiarkan tidak lagi relevan.

“Justeru, kita menyeru supaya diketepikan kepentingan parti dan diri sendiri.

“Bertautlah semula, demi Agama, Bangsa dan Negara,” serunya lagi.

Susulan proklamasi itu, sekretariat mengajak orang ramai agar menurunkan tandatangan jika sayangkan bangsa Melayu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: