Gaya Hidup Terkini

Reviu: Samsung Galaxy S23, Telefon pintar paling mantap buat peminat foto & video

Terima Kasih Samsung Malaysia memberi peluang kepada team Malaysianews TV mencuba kehebatan Samsung Galaxy S23!

Boleh dikatakan Samsung Galaxy S23 ini adalah telefon pintar paling MANTAP untuk tahun 2023. Galaxy S23 ini didatangkan dengan sistem kamera yang luar biasa dan juga reka bentuk yang lebih estetik, serta memberikan pengalaman hebat kepada pengguna.

Percaya ataupun tidak, Samsung kini menjadii jenama paling dikagumi dalam menghasilkan ciri kamera terbaik, meninggalkan jenama lain jauh dalam pasaran tau.

Biar betul?!

Bagi anda yang tertanya-tanya apakah antara highlight untuk keluaran terbaru siri Galaxy S23 ni, jom kami bawa anda selami lebih mendalam tentang peranti terbaik abad ini!

Peranti Pertama Menggunakan Corning Gorilla Glass Victus 2

Siri Samsung Galaxy S23 menjadi perantii pertama menggunakan Victus 2.

Apakah yang dimaksudkan Corning Gorilla Glass Victus 2? Ia adalah kaca buatan untuk telefon pintar yang paling tahan lasak setakat ini.

Gorilla Glass Victus 2 mempunyai kemampuan tahan hentakan jatuh dari ketinggian 1 meter pada permukaan konkrit dan dari ketinggian 2 meter pada permukaan jalan raya. Corning telah menawarkan kaca tahan lasak untuk skrin sesentuh sejak iPhone pertama dilancarkan hampir 17 tahun yang lalu.

Galaxy S23 Mengintegrasikan Adobe Lightroom Bagi Suntingan Gambar RAW

Sokongan mod professional dengan format RAW membolehkan gambar diambil terus daripada sensor tanpa melalui sebarang pasca-proses. Ia juga telah sedia boleh digunakan pada sebilangan peranti mercu Samsung menerusi aplikasi Expert RAW yang turut menyediakan lebih banyak kawalan mendalam pada kamera peranti.

Adobe telah mengumumkan bahawa telefon pintar di bawah siri Galaxy S23 kini mengintegrasikan aplikasi Adobe Lightroom sebagai suntingan foto lalai bagi gambar RAW yang diambil dengan aplikasi Expert RAW. Bersama-sama dengannya, pengguna kini boleh mengawal pelbagai tetapan professional pada kamera peranti siri Galaxy S23.

Gambar diambil menggunakan Samsung Galaxy S23 oleh team Malaysianews TV

Ini termasuklah kebolehan untuk mengubah ISO, tetapan aperture dan kelajuan pengatup seperti yang terdapat pada kamera nircermin atau DSLR. Selepas foto diambil, ia boleh disunting dalam aplikasi Lightroom daripada Adobe yang kini menjadi aplikasi suntingan lalai pada peranti Galaxy S23.

Paling menarik adalah penggunaan lensa sudut lebar 200MP ISOCELL HP2 yang mempunyai kemampuan menggabungkan 16-pixel menjadi satu bagi menghasilkan imej lebih tajam.

Menggunakan Cip Snapdragon 8 Gen 2

Cip Snapdragon 8 Gen 2 For Galaxy ini mempunyai teras Prime yang lebih pantas berbanding Snapdragon 8 Gen 2 biasa.

Snapdragon 8 Gen 2 dilengkapi lapan teras dengan konfigurasi 1+4+3. Satu teras Prime dengan CPU Cortex X3, empat teras dengan CPU Cortex A715 dan tiga teras dengan CPU A510.

Fungsi kamera SUPER CANGGIH!

Tidak mengejutkan melihatkan content creator atau YouTuber selesa menggunakan siri Samsung Galaxy S23 untuk merakam video dengan adanya fungsi rakaman video beresolusi 8K beserta penyertaan lensa yang lebih lebar.

Dengan telefon pintar dari Samsung ini, pengguna akan dapat menangkap imej dengan ketepatan yang luar biasa.

Gambar diambil menggunakan Samsung Galaxy S23 oleh team Malaysianews TV

Hal ini kerana, Adaptive Pixel Sensor baharu dari Samsung dapat menyokong pelbagai peringkat pemprosesan resolusi tinggi seperti 12MP, 50MP atau 200MP bergantung pada keperluan anda sendiri.

Bukan setakat itu sahaja, kamera hadapan juga mempunyai 12MP Dual Pixel Auto Focus untuk selfie yang lebih jelas.

Risau tangkap gambar bergegar?

Kini anda sudah tak perlu risau lagi sebab Samsung mempunyai fungsi Doubled Optical Image Stabiliser (OIS) pada semua model Galaxy S23 series untuk mengurangkan gegaran dan mengekalkan kejelasan.

Ini yang kita mahukan!

Kamera hadapan juga menawarkan mod astrophoto untuk korang yang gemar berselfie. Baru lah flawless!

Bukan itu saja, ia juga hadir dengan AI berasaskan objek canggih yang dapat menganalisis setiap butiran dalam bingkai, walaupun saiznya sangatlah kecil seperti rambut dan mata. Perghh, perform sangat Samsung ni!

Kami terpegun dengan ciri zoom kamera Samsung yang boleh zoom 30 kali ganda dan masih mengekalkan butiran gambar yang jelas berbanding jenama lain. Kalau pergi konsert tapi duduk jauh dari pentas, anda dah tak perlu risau. Zoom aje pakai Galaxy S23 ni!

Contoh gambar 30x zoom dengan Samsung Galaxy S23

Tak perlu risau lagi! Low Light Camera Action

Antara masalah yang dialami oleh rata-rata pengguna telefon pintar adalah gambar yang ditangkap pada waktu malam kelihatan malap, kabur dan tidak jelas walaupun telefon yang digunakan adalah keluaran terkini dan terkemuka. 

Dengan Galaxy S23, semua masalah yang korang alami tu kecil aje tau sebab Samsung telah menyesuaikan kamera yang dihasilkan untuk hampir semua keadaan pencahayaan serta dapat memberikan perincian yang luar biasa. Ini yang kita mahukan!!

Gambar Nightogrqphy diambil menggunakan Samsung Galaxy S23 oleh team Malaysianews TV

Apa yang best dengan varian terbaru Samsung ni adalah algoritma kamera serta keupayaan Nightography telah dipertingkatkan untuk mengoptimumkan foto dan video dalam pelbagai keadaan ambien serta membolehkan gambar yang ditangkap pada waktu malam kelihatan lebih jelas.

Gambar Nightogrqphy diambil menggunakan Samsung Galaxy S23 oleh team Malaysianews TV

Ada lagi yang menarik?

Tentulah ada! Banyak sangat yang menarik dengan Samsung Galaxy S23 ni. Kami jadi teruja sebab spesifikasi macam ni sesuai sangat dengan pengamal media yang sentiasa memerlukan pengalaman teknologi terbaik.

Kalau anda nak tahu, dengan dua kali ganda toleransi OIS ni, korang boleh merakam video dalam apa jua keadaan tak kira berlari atau berjalan dan hasilnya, video anda akan menjadi lebih stabil dan tidak bergegar. Haa, macam ni barulah cun! 

Cakap pasal rakam video ni, anda pasti akan suka dengan penambahbaikan yang Samsung buat untuk Galaxy S23 ni sebab lepas ini anda boleh rakam atau buat kandungan video dengan lebih sinematik sebab kamera varian ini menyokong video 8K!

Seronoknya!!

Dengan megapiksel terbesar dan kawalan kreatif yang meluas, tidak dinafikan kamera epik Galaxy S23 ni dapat mengoptimumkan foto dan video dalam pelbagai keadaan pencahayaan dan ambien tahu. 

Macam mana, anda teruja tak nak dapatkan satu? 

Kalau anda berminat nak sambar sebiji Samsung Galaxy S23 ni, boleh terus berkunjung ke outlet Samsung berdekatan atau beli online DI SINI.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: