Terkini

Adabi, ST Rosyam Mart rai pelanggan dengan sumbangan bubur lambuk

Kuala Lumpur – Kira-kira 1,800 bekas bubur lambuk yang dimasak diagihkan kepada para pelanggan dan orang ramai di pasaraya ST Rosyam Mart, Setiawangsa di sini menerusi Program Memasak Bubur Lambuk sempena bulan Ramadan ini.

Gotong-royong memasak bubur lambuk itu bermula pukul 11 pagi antara kaki tangan Adabi dan ST Rosyam Mart. Program kali ini turut dimeriahkan dengan bantuan selebriti TV, Maria Tunku Sabri.

Program Tanggungjawab Sosial (CSR) berkenaan merupakan satu tradisi dan kemestian setiap tahun bagi Adabi mendekati pengguna sambil menghulurkan sumbangan berupa bubur lambuk dan produk Adabi kepada orang ramai.

Pengurus Pemasaran Adabi consumer Industries Sdn bhd, Azizie Amad memberitahu, program kali ini merupakan antara acara bagi melengkapkan aktiviti CSR yang dijalankan sepanjang bulan mulia ini.

“Untuk kali ini, kami memasak sebanyak 5 periuk bubur lambuk bagi menghargai ST Rosyam Mart yang juga merupakan pelanggan terbesar Adabi melalui pengedar kami, Bekal Baru Sdn Bhd.

“Ini adalah usaha kami secara berterusan bagi menghargai kesemua pelanggan dari pengedar kami” katanya.

Bagi memeriahkan program ini, Timbalan Ketua Balai Setiawangsa, SM Ahmad Marzuki turut turun padang membantu mengacau bubur lambuk.

Dalam program ini, kaki tangan Balai Polis Setiawangsa turut diraikan dengan bekalan bubur lambuk dan sumbangan produk Adabi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: