Bisnes Uncategorized

Hap Seng Star Bukit Tinggi lancar hab Mercedes-Benz terbesar di Malaysia

Klang – MERCEDES-Benz Malaysia dan Hap Seng Star melancarkan pusat servis atau Autohaus terbaharu di Bukit Tinggi yang menawarkan pengalaman gaya hidup mewah eksklusif kepada pelanggan di Klang.

Autohaus itu berfungsi sebagai hab automotif dengan bilik pameran dan ruang kemudahan seluas 49,543 kaki persegi yang dibina atas tanah berkeluasan 142,000 kaki persegi.

Bukit Tinggi Autohaus baharu ini menampilkan bilik pameran yang mampu mempamerkan hingga 45 buah kenderaan serta sudut barangan cenderahati dan aksesori Mercedes-Benz. Kemudahan lain termasuklah Star Lounge, kafe layan diri, bilik permainan kanak-kanak dan bilik berhias untuk kaum wanita.

Bagi pengendalian kereta pelanggan, fasiliti ini dikendalikan oleh juruteknik Mercedes-Benz terlatih penyelenggaraan perkhidmatan berjadual dan pembaikan besar. Kapasiti penyelenggaran mampu mencecah 900 kereta sebulan, dan ia boleh dipertingkatkan pada masa hadapan jika diperlukan.

Untuk pengalaman perkhidmatan yang komprehensif, Hap Seng Star turut menawarkan Express Service 2.0, penghantaran dan pengambilan, tempahan perkhidmatan ‘drop-and-go’, lapisan cermin gelap dan tuntutan waranti dan insurans di Autohaus.

Ruang pameran yang besar boleh memuatkan sehingga 45 buah kereta pada satu-satu masa, selain menawarkan kemudahan seperti Star Lounge, kafe, bilik permainan kanak-kanak, serta bilik khas untuk pelanggan wanita.

Selain itu, ia turut menawarkan barangan aksesori mewah dan butik koleksi jenama Mercedes-Benz yang direka untuk keperluan pelbagai pelanggan.

Hap Seng Star Bukit Tinggi Autohaus mempunyai kapasiti servis sehingga 900 buah kereta dalam masa sebulan, di mana servis penyelenggaraan berjadual dan pembaikan dilakukan oleh juruteknik yang bertauliah dan mempunyai kelengkapan penuh.

Autohaus ini juga turut menyediakan pengecas DC 120 kW dan fasiliti pengecasan yang mampu memuatkan empat buah EV pada satu-satu masa.

Hap Seng Star Bukit Tinggi Autohaus telah diberikan anugerah Bronze oleh pensijilan GreenRE, di mana ia turut menjalankan inisiatif lestari termasuklah sistem pengumpulan air hujan.

“Pelancaran Mercedes-Benz Autohaus di Bukit Tinggi adalah bukti komitmen bersama kami untuk mentakrifkan semula pengalaman jenama mewah untuk pelanggan kami di Malaysia. Mercedes Benz-Malaysia sentiasa teguh dalam mengembangkan kehadiran jenama ini yang bertujuan untuk meningkatkan lagi penawaran dan pengalaman pelanggan kami dalam bidang jualan dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan pelanggan yang berkembang,” kata Sagree Sardien, Presiden dan CEO MBM.

Tambahnya lagi, “Autohaus tercanggih baharu ini menampilkan peningkatan kapasiti untuk perkhidmatan pelanggan, dengan transformasi digital dan tumpuan tinggi pada perlindungan data, dan kemudahan tambahan untuk pengalaman jenama yang lancar dan mampan yang boleh ditawarkan oleh Mercedes-Benz secara eksklusif.”

Sehingga kini, terdapat sembilan buah jaringan Autohaus di Malaysia yang terletak di Kuala Lumpur, Kinrara, Balakong, Jalan Ipoh, Setia Alam, Bukit Tinggi, Melaka, Kuching dan Kota Kinabalu.

Hap Seng Group juga turut mengendalikan Mercedes-Benz Certified Pre-Owned Centre di Kinrara, serta pusat badan & cat di Shah Alam.


 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: