Gaya Hidup

REVIU: Samsung Galaxy A54 5G – Peranti terbaik dengan kemaskini lebih ‘WOW’

Samsung nampaknya tak melupakan pengguna telefon pintar pertengahan (mid range) mereka iaitu siri A.

Apa yang menarik, seperti siri flagship mereka, Samsung turut mempertingkatkan permainan kamera bagi siri A terbaru mereka Galaxy A54 5G yang menjanjikan pengguna pengalaman merakam video yang mantap, menatap kandungan paparan dengan jelas walaupun di kawasan terang dan memiliki ketahanan bateri lebih panjang selama 2 hari.

Memahami kehendak pengguna yang inginkan pengalaman fotografi terbaik. Samsung meningkatkan keupayaan Nightography dan AI pada Galaxy A54 5G dan Galaxy A34 5G bagi memberikan pengguna kepuasan untuk merakam swafoto dan video dengan lebih jelas!

Ia hadir dengan fungsi Kamera Ultra-Lebar 12MP, Kamera Utama 50MP, Kamera Makro 5MP dan Kamera Depan 32MP. 

Samsung Galaxy A54 5G kini memperlihatkan pelbagai pembaharuan. Ia didatangkan dari segi reka bentuk, spesifikasi yang lebih baik dan juga tempoh penggunaan bateri yang lebih lama berbanding keluaran tahun lalu Galaxy A53 5G.

Dicipta untuk peminat fotografi dan videografi

Samsung Galaxy A54 5G mempunyai tiga modul kamera pada bahagian belakangnya. Ia terdiri daripada kamera utama 50MP dengan OIS, kamera ultra-lebar 12MP dan satu kamera makro 5MP. Tiada sensor berkedalaman 5MP disediakan sebagaimana yang terdapat pada Galaxy A53 5G sebelum ini. Pada sebelah hadapan pula hadir dengan sebuah kamera 32MP.

Secara keseluruhannya, kami berpuas hati dengan sistem kamera pada Galaxy A54 5G ini. Foto di dalam pencahayaan yang baik menghasilkan kualiti gambar yang jitu dengan warna yang bagus dan kontras yang dalam. Selain itu, sensor utamanya mampu mengambil perincian dengan baik di bawah cahaya matahari tanpa menyebabkan gambar menjadi pecah.

Swafoto menggunakan kamera hadapan 32MP juga menghasilkan kualiti yang baik dengan prestasi untuk mod potret juga dilakukan dengan cemerlang, manakala pemprosesan pengimejannya pula dilakukan dengan tuntas.

Anda jenis yang suka merakam video? Tapi mesti kadang-kadang tak terlepas dari masalah bergegar kan?

Jangan risau, Galaxy A54 5G menggunakan penstabil imej optikal (OIS) dan penstabil imej digital video (VDIS) untuk memberikan penggunakan hasil yang rakaman yang lebih stabil dan tidak kabut.

Buat kali pertama bagi siri Galaxy A54 5G, Samsung memperkenalkan ciri menghapuskan bayang-bayang dan pantulan yang tidak diperlukan dalam gambar menggunakan alat penyunting imej yang dipertingkatkan.

Seperti yang dijangkakan, terdapat penurunan kualiti imej apabila beralih dari sensor utama 50MP kepada ultra-lebar 12MP. Imej dari sensor ultra-lebar ini kelihatan tidak begitu jitu dan lebih gelap.

Tiada lensa telefoto disediakan pada Galaxy A54 5G dan zum yang dihasilkan dilakukan secara digital.

Galaxy A54 5G juga berkeupayaan merakamkan video pada kualiti sehingga 4K pada 30 fps bersama-sama sokongan ciri penstabil video. Saya mendapati telefon pintar ini menjadi sedikit panas selepas merakam pada kualiti tersebut sekitar lima minit. 

Paparan Vision Booster, 5G Pantas dan Bateri Tahan Lama

Bagi A54 5G ia menggunakan paparan Super AMELOD masing-masing dengan saiz 6.4 inci dan 6.6 inci. Dengan ciri Vision Booster dan kadar segar semula 120Hz yang dipertingkat, ia memberikan paparan yang bersesuaian untuk keadaan cahaya yang berbeza.

Siri Galaxy A 2023 ini  dikuasakan dengan cip Exynos 1380 (Galaxy A54 5G) yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB.

Galaxy A54 5G dijamin peningkatan OS sehingga ke 4 generasi, kemaskini keselamatan untuk 5 tahun, dan waranti selama 2 tahun . Ia bertujuan untuk memberi peluang kepada pengguna untuk mengakses perisian, ciri keselamatan terkini, dan jaminan untuk memaksimumkan hayat penggunaan telefon pintar.

Bagi ketahananbateri pula, berkapasiti 5,000mAh, Galaxy A54 5G mempunyai kapasiti yang sama dengan model keluaran tahun lalu. Bezanya, untuk tahun ini prestasinya adalah lebih baik.

Dalam kebanyakan masa, penggunaannya secara berterusan dapat dikekalkan sekitar 6 jam hingga 6 jam setengah. Ini berdasarkan tahap kecerahan paparan sekitar 90% dan tanpa mod penjimatan tenaga.

Pengecasan pantasnya hanya terhad pada 25W sahaja dan pada kebiasaannya saya mengambil masa sekitar dua jam untuk mengecas dari paras 20% hingga ke 100%. Semakan saya juga mendapati telefon pintar ini tidak didatangkan dengan ciri pengecasan nirwayar.

Sesuai untuk ‘Kaki Gamer’

Genshin Impact nampaknya sekali lagi menjadi aplikasi permainan pilihan untuk ulasan kali ini. Ia mampu dimainkan dengan lancar, namun masih terhad pada tetapan yang rendah. Jika dinaikkan tinggi sedikit, notifikasi amaran akan muncul dan permainannya pun menjadi perlahan.

Permainan lain seperti Pokemon Unite juga dapat dimainkan dengan lancar selain permainan seperti Fortnite juga dapat dimainkan. Cuma untuk Fortnite, anda perlu memuat turun fail APK aplikasi Epic Game Store dari laman web rasmi Epic dan ia boleh dimainkan pada tetapan grafik yang rendah.

Prestasi peranti kelas pertengahan yang mengagumkan!

Prestasi Galaxy A54 5G yang menggunakan pemprosesan Samsung Exynos 1380 didapati amat baik.

Secara teorinya, ia lebih baik jika dibandingkan dengan Exynos 1280 pada Galaxy A53 5G yang mempunyai dua teras Cortex-78 dan enam Cortex-A55. Sebagai perbandingan, Exynos 1380 mempunyai empat teras Cortex-78 dan empat Cortex-A55. Justeru, memberikan peningkatan pada markah ujian penanda arasnya.

Namun, prestasinya bukanlah setinggi yang ditawarkan oleh telefon pintar mercu seperti siri Galaxy S23. Memandangkan ia merupakan pemprosesan Exynos, isu seperti telefon menjadi panas ketika memuat turun atau memainkan permainan masih lagi berlaku. Terdapat juga beberapa ketika telefon pintar ini dirasakan agak lambat ketika menyahkuncinya, namun pengalaman keseluruhan penggunaannya masih lagi dikira lancar.

Fungsi berbilang tugasan (multi-tasking) juga dapat dilaksanakan dengan lancar pada Galaxy A54 5G. Anda boleh melayari aplikasi-aplikasi lain sambil menonton YouTube secara ‘gambar-dalam-gambar’ (picture-in-picture) tanpa sebarang masalah dan ia sememangnya sudah dijangkakan bagi telefon pintar peringkat menengah sepertinya.

Perisian terbaik

Galaxy A54 5G menggunakan Android 13 melalui antaramuka Samsung One UI 5.1. Seperti biasa, pandangan peribadi saya mengenai perisian untuk peranti mudah alih Samsung ini positif semenjak lewat kebelakangan ini.

Ia kemas, dioptimasikan dengan baik dan juga intuitif. Rekaannya juga bergaya dan moden tanpa membebankan perkakasan dan juga prestasinya. Animasinya juga lancar dan ia benar-benar memanfaatkan asas Android 13 padanya.

Sama ada anda suka atau tidak, aplikasi-aplikasi Samsung masih lagi dipra-pasang pada Galaxy A54 5G. Sebahagian aplikasi Google seperti Messages masih lagi dijadikan aplikasi lalai untuk perkhidmatan permesejan. Namun untuk aplikasi lain seperti Samsung Internet Browser, ia masih lagi dijadikan aplikasi lalai untuk membuka laman web. Anda bagaimanapun masih boleh menukar tetapan lalai tersebut dengan menukarkannya kepada aplikasi pelayar web lain seperti Google Chrome.

Penambahan kemas kini paling ‘Awesome’

Untuk memantapkan lagi perincian telefon pintar ini, Samsung menambah aplikasi terbaik yang membantu memudahkan kehidupan sekali gus meletakkan Samsung sebagai jenama gajet paling hebat didunia.

Dengan menambah aplikasi Samsung Wallet dan Samsung Link to Windows, ianya terbukti sebagai jenama yang sentiasa mengemas kini teknologi bagi kemudahan pengguna

Sekaligus menjadikan peranti adalah gajet terbaik yang patut menjadi pilihan untuk kelas pertengahan tahun ini!

Ketika peranti ini diuji, ia beroperasi dengan lancar dan pantas tanpa mengalami sebarang isu aplikasi utama. Bagi mereka yang mencari peranti yang boleh digunakan untuk masa yang lama, A54 disahkan menerima kemas kini empat versi Android dan tampalan sekuriti selama lima tahun.

Empat Pilihan Warna Yang Memang ‘Awesome’

Untuk Samsung Galaxy A54 5G pula, ia hadir dengan pilihan warna seperti Awesome Lime, Awesome Graphite, Awesome Violet dan Awesome White.

Harga pasaran

Samsung Galaxy A54 5G yang baru diperkenalkan di pasaran negara ini ditawarkan pada harga RM1,899 untuk 8GB RAM/256GB storan.

Kesimpulan

Bagi peminat Samsung, Galaxy A54 5G mempunyai daya tarikan dari segi paparan skrin yang berkualiti tinggi serta terang. Prestasinya juga lebih baik jika dibandingkan dengan Galaxy A53 5G yang dilancarkan pada tahun lepas.

Setiap penambahbaikan yang dilakukan pada peranti ini seberat 202 gram ini memberikan satu kelebihan kepada anda yang memerlukan satu peranti untuk kegunaan harian, cekap dan pantas daripada segi pemprosesan.

Selain itu, penggunaan antaramuka Samsung One UI 5.1 yang didatangkan dengan sokongan kemaskini perisian dan keselamatan untuk tempoh yang panjang juga menjadi salah satu faktor menariknya.

Satu lagi ciri menarik ialah ciri FUN dimana kamera ini dilengkapi lensa Snapchat yang unik menjadikan gambar dihasilkan menjadi pelbagai bentuk yang pelik dan menyeronokkan.

Perkongsian fail penting yang mengandungi maklumat sensitif atau peribadi dengan tahap privasi dan kawalan tertinggi juga khusus dilindungi ciri Private Share.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: