Bisnes

Penamatan SSA dengan DNB buka peluang penyertaan ke arah proses 5G yang baharu – CelcomDigi

KUALA LUMPUR – Penamatan perjanjian langganan saham (SSA) yang ditandatangani pada November 2022 dengan Digital Nasional Bhd (DNB) seperti yang diumumkan pada Rabu oleh CelcomDigi Bhd akan membuka laluan kepadanya untuk mengambil bahagian dalam sebarang proses baharu termasuk penyertaan ekuiti, bersama industri.

Pengendali rangkaian mudah alih itu dalam satu kenyataan berkata pengumuman Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mengenai keputusan kerajaan untuk melaksanakan 5G di bawah dua rangkaian sebaik sahaja 80 peratus liputan 5G kawasan berpenduduk (CoPA) telah dicapai oleh DNB pada Rabu amat dialu-alukan.

“Susulan pengumuman kerajaan pada 3 Mei, CelcomDigi melalui satu kenyataan kepada Bursa Malaysia telah menjelaskan kepada pemegang sahamnya bahawa Digi Telecommunications Sdn Bhd dan Celcom Mobile Sdn Bhd telah menamatkan SSA masing-masing yang telah dimeterai pada November 2022 dengan DNB, berkuat kuasa 3 Mei 2023.

“Selaras dengan pengumuman kerajaan, proses awal bagi melanggan ekuiti dalam DNB melalui SSA masing-masing menjadi tidak sah,” katanya.

CelcomDigi turut memberi jaminan kepada pelanggannya bahawa proses itu tidak akan memberi kesan kepada perkhidmatan 5Gnya.

Pelanggan yang kini menggunakan sambungan 5G boleh terus menikmati perkhidmatan itu, berdasarkan tawaran produk yang berterusan.

“CelcomDigi mengalu-alukan peluang untuk memainkan peranan yang lebih aktif serta langsung dalam pelaksanaan 5G negara, memanfaatkan pengalaman dan sumber, rangkaian 4G terluas sedia ada termasuk rantaian bekalan dan ekosistem rakan kongsi kami untuk menyokong cita-cita 5G kerajaan kerana kami membawa penyelesaian dan penawaran 5G terbaik kepada pengguna dan perniagaan Malaysia,” katanya.

— BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: