Terkini

KPDN bincang hala tuju inisiatif Payung Rahmah

BATU CAVES – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan mengadakan pertemuan bersama pemain industri dalam membincangkan hala tuju insiatif Payung Rahmah.

Ia bagi memastikan insiatif tersebut kekal relevan untuk diteruskan pada masa akan datang.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata pihaknya akan merangka satu perancangan untuk menambah baik sistem sedia ada.

“Kementerian akan membuat satu perancangan yang lebih komprehensif, bersistematik agar semua pakej, menu dan jualan dalam inisiatif ini dapat kita pastikan berpanjangan dan dapat diurus tadbir dengan lebih baik,” kata Salahuddin kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Insiatif Payung RAHMAH bersama Giant, di sini.

Tambah beliau, inisiatif berkenaan diterima baik sejak diperkenalkan, baik daripada pemain industri mahupun masyarakat.


“Jadi, ini suatu usaha yang telah membuktikan bahawa insiatif Payung Rahmah yang diusahakan pada awalnya diusahakan kecil-kecilan KPDN, semakin hari semakin mendapat sambutan.

Saya perhatikan rakyat bukan sekadar dapat menikmati harga berpatutan tetapi pastinya di Giant kualiti barangan itu perkara yang sangat penting dan bukan barangan murahan atau barangan lebihan yang dijual tetapi tetap berstatus premium dan kualitinya adalah terjamin,” tambah Salahuddin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: