Hiburan

Reviu: Filem Iblis Dalam Darah bikin meremang satu badan!

Kuala Lumpur – Indonesia sememangnya terkenal dengan filem-filem seram yang mampu membuatkan penonton menggigil ketakutan. Bagi karya arahan sutradara oleh Yannie Sukarya, bersama dengan produser Helfi Kardit, filem Iblis Dalam Darah lebih seram dan menakutkan.

Film ini dibintangi oleh artis-artis Indonesia, seperti Ryass Randa, Michelle Joan, Cut Ashifa, Layla Majenun dan ramai lagi.

Filem ini diinspirasikan oleh sebuah hadis yang menceritakan kebenaran rasukan iblis melalui darah itu benar!

“Pernah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam sedang beri’tikaf, lalu aku mendatangi beliau. Aku mengunjunginya di malam hari. Aku pun bercakap-cakap dengannya. Kemudian aku ingin pulang dan beliau berdiri lalu mengantarku. Kala itu rumah Shofiyah di tempat Usamah bin Zaid. Tiba-tiba ada dua orang Anshar lewat. Ketika keduanya melihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, mereka mempercepat langkah kakinya. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam lantas mengatakan, “Pelan-pelanlah, sesungguhnya wanita itu adalah Shofiyah binti Huyay.” Keduanya berkata, “Subhanallah, wahai Rasulullah.” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya setan menyusup dalam diri manusia melalui aliran darah. Aku khawatir sekiranya setan itu menyusupkan kejelekan dalam hati kalian berdua.” (HR. Bukhari dan Muslim).

Sinopsis

Filem Iblis dalam Darah berkisar tentang seorang wanita bernama Haruni yang dilakonkan oleh Michelle Joan mengalami kerasukan iblis dalam tubuhnya. Haruni merasakan ada sesuatu yang aneh dan bergerak di dalam tubuhnya. Bahkan, ia kerap menyakiti tubuhnya sendiri kerana sering merasa ada sesuatu yang menjadikan tubuhnya sebagai perantara dengan ilmu hitam.

Disebabkan kesempitan kewangan bagi membiayai pembedahan mata adiknya Hanum yang dilakonkan oleh Cut Ashifa, Haruni yang bekerja sebagai penari tradisional jawa mengambil keputusan memakai susuk demi mendapatkan wajah yang cantik dan memudahkan beliau mendapat tawaran tarian.

Difahamkan, pemakaian susuk itu melalui ritual menggunakan air mandian mayat orang bunuh diri. Selepas Haruni berjaya memakai susuk, sejak itulah beliau sering diganggu dengan kelibat hantu Lili.

Siapakah Lili?

Anda perlu menonton filem ini untuk mengetahui siapakah Lili dan apa kaitannya dengan Haruni.

Kerasukan yang dialami Haruni mendapat perhatian dari Dr. Ahmad yang dilakonkan oleh Ryaas Randa. Dr. Ahmad seorang doktor medik dan dalam masa sama juga beliau mengetahui perubatan islamik yang melibatkan ilmu hitam.

Dalam proses perubatan, Dr. Ahmad juga turut menerima gangguan mistik dan jelasnya, ilmu hitam yang menganggu Haruni agak sukar untuk diubati.

Adakah Dr. Ahmad berjaya membawa Haruni bebas dari cengkaman hantu Lili dan ilmu hitam itu?

Mampukah Dr. Ahmad menyembuhkan Haruni dan mengusir iblis dalam tubuhnya? 

Akan tayang di Malaysia

Filem Iblis Dalam Darah ini akan mula ditayangkan di semua pawagam Malaysia bermula 18 Mei 2023.

Anda wajib tonton filem ini dan rasai sendiri keseraman setiap adegan yang membuatkan anda terkejut dan berpeluh ketakutan.

Kami berikan 7.5 / 10 bintang untuk filem ini.

Sinematografi dan pencahayaan gelap cukup memainkan peranan besar memberi efek seram pada penonton. Kesan bunyi juga cukup membuatkan anda meremang sepanjang filem ini ditayangkan.

Jangan lupa bawa seluruh keluarga dan rakan-rakan cabar keberanian anda dengan Iblis Dalam Darah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: