Kuala Lumpur – Jati ke-30 mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya menempa nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR) dengan menghasilkan guni beras terberat di Malaysia.

Pengurus Besar Serba Wangi Sdn Bhd, Chua Ken Jin berkata, guni beras seberat tiga tan yang dihasilkan telah berjaya memadamkan rekod lama iaitu 1.501 tan.
Perasmiannya itu disempurnakan oleh Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS), Datuk Azman Mahmood.
Ken Jin berkata, Jati merupakan jenama daripada syarikat pengeluar, Serba Wangi Sdn Bhd yang telah berkembang menjadi salah satu produk terkemuka dan menjadi pilihan nombor satu kebanyakan keluarga di Malaysia.

Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Azman Mahmood, berkata harga jualan beras di Malaysia masih lagi rendah pada RM2.60 satu kilogram berbanding kebanyakan negara lain di Asia Tenggara.
Kerajaan akan terus memainkan peranan dalam memastikan bekalan beras negara sentiasa mencukupi selain harga jualan beras kekal rendah.
Katanya, harga beras negara jauh lebih rendah berbanding Singapura pada RM6.70 satu kilogram, Brunei (RM5.80 satu kilogram), Thailand (RM3.60 satu kilogram), Vietnam (RM3.50 satu kilogram) dan Laos (RM5.03 satu kilogram).

Selain itu katanya, negara juga tidak pernah menghadapi krisis kekurangan bekalan beras walaupun ketika berhadapan dengan krisis COVID-19 beberapa tahun lalu.
Jelasnya lagi, sebagai contoh beras jenama JATI yang dikeluarkan oleh Serba Wangi Sdn Bhd, menghasilkan 1.6 juta tan metrik beras, sekali gus membantu 240,000 pesawah seluruh negara.

Beliau ditemui ketika majlis perasmian dannulang tahun Jati ke 30 tahun di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Pelbagai acara diadakan pada sambutan itu antaranya 30 arca hidangan disediakan penganjur dan pengunjung yang hadir boleh menyertai pertandingan tangkap dan menang dengan 303 set hadiah menarik ditawarkan.