Bisnes Gaya Hidup

foodpanda membawakan Item makanan dan barangan runcit pada harga berpatutan dengan menawarkan menu RAHMAH dan pakej RAHMAH kepada rakyat Malaysia

Kuala Lumpur — foodpanda berganding bahu dengan rakan kongsi restoran dalam usaha menawarkan item Menu RAHMAH mereka untuk dihantar kepada pelanggan dan usaha ini menjadikan ia sebagai satu-satunya platform penghantaran makanan yang menawarkan perkhidmatan ini di Malaysia.


Demi menyokong inisiatif Kerajaan untuk meringankan beban ekonomi dan kos sara hidup rakyat Malaysia, foodpanda memainkan peranannya bagi memastikan pelanggan boleh
memesan set hidangan makan tengah hari atau makan malam Menu RAHMAH daripada aplikasi dan laman sesawangnya pada harga mampu milik iaitu RM5 atau kurang.


Semasa pelancaran Inisiatif Payung RAHMAH bersama foodpanda di ibu pejabat korporatnya di Bangsar South, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub memuji komitmen foodpanda untuk meluaskan capaian Menu Rahmah kepada lebih ramai rakyat Malaysia.


“Usaha kami dalam menjadikan Menu RAHMAH lebih mudah diakses oleh semua rakyat Malaysia daripada segenap lapisan dan peringkat pendapatan tidak akan berjaya tanpa
penyertaan sukarela pengendali restoran dalam sektor swasta. Ianya adalah sesuatu yang amat menggembirakan apabila melihat platform penghantaran makanan seperti foodpanda turut memainkan peranan mereka untuk memastikan rakyat Malaysia mempunyai akses kepada makanan pada harga berpatutan,” kata beliau pada majlis itu hari ini.

Sebagai salah satu platform penghantaran makanan terkemuka dengan jutaan pelanggan,
foodpanda Malaysia komited untuk memastikan pelanggannya boleh memesan pelbagai penawaran Menu RAHMAH tidak kira di mana mereka berada dengan hanya beberapa klik menerusi aplikasi foodpanda, kata Ketua Pegawai Eksekutif foodpanda Malaysia, Sayantan Das.

“Kami berbesar hati kerana mendapat kepercayaan dan keyakinan daripada beberapa vendor kami untuk meluaskan lagi capaian item Menu RAHMAH mereka, dan pada masa sama, memainkan peranan kami dalam usaha meringankan beban rakyat Malaysia setiap hari,” ujar beliau lagi.


Turut bersama-sama menjayakan inisiatif ini dengan foodpanda ialah OldTown White Coffee, Texas Chicken, Lim Fried Chicken dan Daporlah serta 16 jenama restoran yang lain.

Selain daripada menghantar item Menu RAHMAH, pandamart – kedai runcit foodpanda
yang menawarkan pengguna kemudahan penghantaran barangan runcit terus ke pintu
rumah – akan menyertai inisiatif Pakej RAHMAHdengan menawarkan barangan runcit pakej barangan runcit pada harga mampu milik dengan penjimatan ekstra untuk masa terhad.


Pakej RAHMAH pandamart menawarkan dua pakej barangan runcit pada harga RM50 dan
RM30, dengan penjimatan sehingga 25% untuk para pembeli yang ingin mendapatkan tawaran terbaik semasa membeli-belah untuk barangan keperluan harian mereka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: