Kuala Lumpur – Jenama kesihatan dan kecantikan No. 1, Watsons Malaysia melancarkan kempen ‘Watsons Get Active Carnival’ bermula 23 hingga 24 September ini.
Acara senaman terbesar di Malaysia itu akan diadakam fi Depoh Sentul. Watsons Malaysia berbesar hati untuk memberi ganjaran kepada ahlinya dengan perjalanan 5 hari 4 malam (5H4N) ke Taiwan.

Inisiatif menarik ini bertujuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia untuk menjalani kehidupan yang sihat dan aktif disamping mempromosikan Taiwan sebagai destinasi pelancongan mesra Muslim sambil memberi peluang kepada ahli bertuah terbang ke Taiwan bersama duta Watsons, Ayda Jebat.

“Watsons sentiasa berada di barisan hadapan bagi tunggak kesihatan, dan tahun ini, kami berasa teruja untuk membuat impak yang lebih besar dengan kembalinya karnival Watsons Get Activekali ke-9.
“Matlamat kami adalah untuk menggalakkan kehidupan kekal sihat melalui pelbagai aktiviti dan perkhidmatan yang didedikasikan kepada pelanggan dan ahli kami serta kami mahu menyampaikan mesej melalui kempen Kekal Sihat bersama Watsons,” jelas Caryn Loh,
Pengarah Urusan Watsons Malaysia.

Karnival Aktif Watsons menghimpunkan 20 tenaga pengajar pakar, yang akan mengegarkan karnival kekal sihat ini dengan muzik dan kecergasan selama 90 minit.
Peserta mempunyai pilihan untuk memilih antara Zumba, Tabata atau senaman aktif lain, yang dijalankan serentak.
Selain itu, para peserta juga boleh mengunjungi pelbagai gerai kecantikan, trak makanan dan bengkel menarik sepanjang acara 2 hari itu.
Untuk menyertai karnival, 1,000 peserta pertama akan menikmati harga early bird sebanyak RM60, manakala tiket harga biasa
boleh didapati pada harga RM75.

Setiap peserta akan menerima satu t-shirt acara, bandana dan baucar kesihatan & kecantikan bernilai lebih RM300.
Untuk maklumat lanjut layari:
https://www.watsons.com.my/get-active
Caryn menambah, “Dengan kempen ini, kami juga teruja untuk mengumumkan hadiah luar biasa ini peluang sebagai tanda terima kasih kepada ahli dan peserta setia kami.
Ahli Kelab Watsons boleh menyertai peraduan ini di mana 10 pasangan pemenang akan memenangi lawatan ke Salam Taiwan bersama Ayda Jebat.
Bagi yang berminat, andadikehendaki membuat pembelian RM80 dan ke atas daripada mana-mana jenama yang mengambil bahagian dalam satu transaksi tunggal, sama ada di dalam kedai atau dalam talian.
Ahli hanya perlu mengimbas kod QR yang disediakan untuk menyertai peraduan. Ahli Kelab Watsons akan menerima 1 penyertaan, manakala ahli Elit akan menerima dua penyertaan apabila mereka berbelanja dengan Watsons.
