IMAGE 1

Petaling Jaya – Sushi King telah mencatatkan pencapaian sebanyak satu juta ahli dalam loyalty program melalui Aplikasi Sushi King pada Mei 2023 yang lalu. Rangkaian restoran sushi Jepun terbesar di Malaysia ini sangat teruja untuk melancarkan Kempen 1 Juta Ahli dengan menawarkan hadiah bernilai lebih RM1,000,000 yang bermula pada 1 Mei sehingga 31 Mei 2023 melalui kempen Spin and Win.

Kempen 1 Million Happy Members ini telah berjaya menerima lebih dari 50,000 penyertaan menawarkan pelbagai hadiah eksklusif termasuk gajet terkini, Smile Points dan juga pakej percutian yang menyeronokkan.

Sebagai tanda terima kasih kepada semua satu juta ahli yang telah menjadikan Sushi King sebagai tempat yang mengembirakan, Sushi King komited untuk terus menyediakan masakan Jepun yang berkualiti kepada semua kerana pencapaian dalam mencapai satu juta ahli dalam loyalty program Sushi King adalah bukti kecintaan ahli terhadap budaya makanan Jepun yang dibawakan oleh Sushi King ini. 

Pengarah Urusan Sushi King Sdn. Bhd. Hiroki Mori, melahirkan rasa syukur atas sokongan dan kesetiaan pelanggan yang tidak berbelah bahagi. Jelasnya, dorongan para ahli jelas membawa kepada kejayaan luar biasa 1 juta Happy Members.

“Kami terharu dengan penghargaan mereka terhadap Sushi King dan budaya makanan Jepun. Melalui kempen ini, kami dapat mencipta pengalaman yang bermakna buat ahli-ahli kami dimana mereka akan mendapat ganjaran sambil menikmati hidangan Sushi King kegemaran mereka”.

“Kami bertekad untuk menjadikan Sushi King sebagai Your Happy Sushi Place di mana pelanggan kami dapat merasai kenikmatan dan keistimewaan budaya makanan Jepun melalui hidangan yang menyelerakan,” katanya.

Tambahnya, Sushi King bakal memperkenalkan pelbagai inisiatif yang inovatif untuk menarik lebih ramai pelanggan seperti promosi dan penawaran menu baru termasuk Japonica Unagi gred premium dan Ramen Jepun yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Penambahan baru ini adalah bukti komitmen Sushi King untuk memastikan pengalaman menjamu selera yang baik kepada semua pelanggan mereka.

Pelancaran menu baru itu nanti akan bermula pada 4 Julai yang bakal membawakan pengalaman baru kepada penggemar makanan Jepun di Malaysia.

Sushi King mengalu-alukan semua rakyat Malaysia untuk menyertai program kesetiaan mereka yang semakin berkembang dan mengambil bahagian dalam pelbagai kempen-kempen mereka yang menarik di masa akan datang. Muat turun aplikasi Sushi King di Google Play Store, Apple App Store atau Huawei App Gallery untuk menjadi ahli Sushi King hari ini.

Leave a Reply