13bc8e4e-ad1b-4fd2-82ef-6fb082f4cb81

Putrajaya – Tudung bawal kini kembali menjadi hangat dan bukan sekadar tudung kampung, tetapi menerusi rekaan yang diubah suai ia semakin diminati dan mempunyai peminat tersendiri. Malah tidak hairan apabila ia sesuai digayakan untuk semua acara termasuk majlis eksklusif dan perkahwinan.

Tudung Ruffle, satu jenama yang sinonim dengan tudung bawal membawa satu inovasi baharu menerusi koleksi Aidiladha 2023 yang berupaya menawan hati setiap hijabista.

Menurut pengasasnya, Hanis Arif, 34, beliau mahu mengubah stigma umum yang kerap mengaitkan penggayaan tudung bawal sebagai fesyen lapuk dan ketinggalan zaman. Namun, bagi koleksi kali ini, pemilihan sentuhan negara Timur Tengah dengan rona warna lebih anggun menjadi pilihan.

“Untuk koleksi Aidiladha tahun ini, kami ketengahkan 3 jenis reka bentuk yang akan dikeluarkan mengikut minggu

“Bagi minggu pertama, kami keluarkan koleksi Zellij yang bertemakan ciri mozek islamik, untuk koleksi minggu kedua pula bercirikan Medina yang menceritakan perjalanan di Madinah, manakala bagi minggu ketiga kami bawakan konsep Mabrur dimana reka coraknya menceritakan perjalanan ibadah Haji.

“Jadi, kepada peminat koleksi tudung kami boleh nantikan setiap keluaran dan lihat sendiri reka corak yang istimewa tahun ini” katanya.

Tudung Ruffle yang telah memasuki tahun kesembilan ini, meletakkan harapan untuk melebarkan empayar jenamanya ke luar negara dan kekal sebagai pelopor tudung bawal dari material cotton yang sentiasa memenuhi citarasa pelanggan.

Jelas Hanis, butik flagship Tudung Ruffle hanya ada di pusat membeli belah, IOI Mall Putrajaya sahaja dan berhasrat membuka beberapa butik lagi sekiranya telah memiliki kekuatan perniagaan yang kukuh.

“Selepas PKP dan terkini ekonomi kurang cantik, saya berhasrat ingin kukuhkan dahulu fan base jenama ini dan kemudian barulah boleh difikirkan untuk expand business lebih besar, tambah butik dan lebarkan pemasaran ke luar negara.

“Di Tudung Ruffle, saya lebih mementingkan melihat apa yang pelanggan suka dan minta dari melihat apa jenama lain buat, kita akan sentiasa mengambil kira cadangan dan kritikan dari pelanggan untuk memastikan setiap reka corak memenuhi selera pelanggan” ujarnya selepas majlis pelancaran butik baru yang berpindah lot di IOI Mall, Putrajaya.

Tambahnya lagi, bagi koleksi Aidiladha ini telah memilih selebriti Diana Danielle sebagai wajah baru untuk mempromosi dan menggayakan setiap reka corak tudung. Koleksi ini mempunyai 6 warna bagi setiap 3 konsep reka corak tudung bawal dan shawl antaranya Zellij, Medina dan Mabrur.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading