Photo 1

KUALA LUMPUR – Coway, syarikat Best Life Solution, dengan teruja mengumumkan kembalinya acara larian tahunan yang dinanti-nantikan dan bakal berlangsung pada 10 September 2023 di Dataran Merdeka. Bertemakan “Enter Our World”Coway Run 2023 akan membawakan pengalaman yang unik dan imersif kepada para peserta, membolehkan mereka melihat dunia melalui kantar pandangan Coway.

Bukan sekadar larian kompetitif (Competitive Run) 10km, Coway Run 2023 turut menyaksikan perubahan menarik dengan pengenalan kategori baharu – larian separuh maraton (Half Marathon) 21km untuk pelari yang ingin bersaing dalam kategori larian yang lebih mencabar. Larian mesra keluarga (Fun Run) 5km menampilkan lima halangan bertema di mana para peserta akan berlari merentasi elemen produk Coway seperti air, angin dan banyak lagi.

Produk istimewa bersaiz besar Coway Run juga bakal membawa para peserta ke dalam Dunia Coway. Hadiah wang tunai berjumlah lebih daripada RM20,000 menanti para peserta larian. Tambahan juga peserta turut berpeluang untuk menyertai sesi interaktif eksklusif dengan selebriti-selebriti misteri. 

Selain daripada aktiviti yang mengujakan, Coway Run 2023 turut menjadi platform untuk para peserta berlari sambil beramal. Run Far, Help Wide – setiap RM10 dari hasil jualan tiket  akan disumbangkan kepada Coway Happy Water Project, sebuah inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) oleh Coway untuk menyediakan air minuman bersih kepada komuniti yang memerlukan.

Atas sambutan yang menggalakkan, tiket 21km (Half Marathon) Coway Run 2023 telah berjaya terjual dalam tempoh pelancaran 24 jam. Orang ramai masih boleh mendapatkan tiket bagi 10km dan 5km sementara ia masih ada. Sertai Dunia Coway dan dapatkan maklumat lanjut di www.cowayrun.com.my

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading