MTXX_PT20230620_174636020

Kuala Lumpur – ‘Dah masuk, pasti sesat tak jumpa jalan keluar’ 

Begitulah seperti apa yang ditularkan orang ramai didalam konten media sosial yang menyifatkan kedai Eco sebagai ‘kedai berhantu’. Sebut sahaja Eco-shop, pasti ramai sudah terbayang pelbagai barangan yang dijual dengan harga paling rendah RM2.40 sahaja. Boleh kata, kedai ini lengkap dengan semua barangan keperluan yang diinginkan seisi rumah. 

Peruncit barangan rumah terkenal ini, sentiasa memegang prinsip untuk menawarkan barangan yang berkualiti dengan harga paling rendah agar setiap masyarakat dapat menikmati peluang berbelanja tanpa risau tentang harga yang ditawarkan. 

Pengarah Pemasaran, Soong Sham Mee berkata, Eco-shop Malaysia akan cuba bertahan dengan menjual pada kadar harga sedia ada walaupun terkini berdepan dengan kenaikan harga barangan peringkat global. 

“Kami akan berusaha elak untuk menaikkan harga jualan agar setiap orang dapat membeli pelbagai barangan kekal dengan harga RM2.40 sahaja. 

“Bukan keuntungan besar yang menjadi perkara utama untuk difikirkan tetapi peranan kami kepada masyarakat dalam menyediakan barangan rumah pada harga yang paling mampu untuk setiap orang membelinya”, katanya kepada Malaysianews TV dalam satu sidang media. 

Sham Mee menjelaskan, pihak syarikat sentiasa bekerjasama dengan pembekal bagi mendapatkan harga terendah. Dalam menghadapi kenaikan harga pada masa kini, Eco-shop juga banyak berurusan dengan pembekal tempatan dan menyediakan barangan yang dijual dalam pembungkusan semula (re-pack) supaya sesuai dengan harga jualan. 

“Kami juga menjual barangan yang di re-pack supaya setiap pembeli mampu membeli barangan yang diinginkan seperti kopi dan teh 3 in 1, tisu basah, kekacang, makanan kering, makanan ringan, alat tulis dan sebagainya. 

“Bukan sahaja sesuai dengan harga yang dijual, tetapi barangan re-pack ini juga amat penting bagi sesiapa yang suka travel atau melakukan aktiviti luar” jelasnya lagi. 

Eco Shop Malaysia yang memulakan perniaagaan pada tahun 2003 di Jementah, Johor kini memiliki 221 cawangan Eco-shop dan 24 Eco-shop Plus di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Dengan jumlah 6,500 tenaga kerja dengan keseluruhannya, menjadikan perniagaan ini sebagai kedai paling cepat berkembang dan sentiasa mendapat permintaan daripada masyarakat untuk menambahkan cawangan terutama di kawasan sub-urban. 

Memasarkan lebih 10,000 jenis produk barangan rumah, Eco-shop bukan sahaja tertumpu kepada barangan kering, malah memasarkan pelbagai barangan sejuk beku (frozen) seperti donut, karipap, bergedil, roti paratha, kentang goreng dan banyak lagi. 

Antara jenama produk yang menjadi barangan ‘laku keras’ disini seperti; Ganso, CASA, Excue, Delicies, Pawsitive, Kreati dan Mama yang sentiasa perlu ditambah jualan dari masa ke semasa. 

Tambahannya, Eco-shop berharap dapat menambah lagi produk dan lonjakan jualan terutama barangan yang menepati permintaan dan kegunaan harian pelanggan. Dari segi cabaran jualan pula, Eco-shop berhasrat menjadi kedai harga tetap dan pilihan masyarakat setiap hari. 

Sebagai rekod, Ecp-shop Malaysia diterajui oleh Dato’ Sri Lee Kar Whatt pada tahun 2003. Bermula dari pengalaman berniaga barangan plastik di pasar malam, kini berjaya memiliki 245 cawangan seluruh Malaysia. Eco Shop juga berjaya merangkul 5 anugerah antaranya, Golden Eagle Award, Sin Chew Business Excellence Award, Superbrands Award, National Business Award dan The Brand Laureate Awards. 

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading