WhatsApp Image 2026-04-04 at 16.03.40

Kuala Lumpur – Nor Emilina Hasliza Binti Hashim sebak mengimbau detik anak bongsunya, Nur Widyatul Yasmin Roslee berkongsi kejayaan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025.

Ketika ditemu bual media, beliau menceritakan kerisauannya terhadap keputusan ujian bulanan dan peperiksaan percubaan SPM anaknya terutama dalam mata pelajaran Matematik dan Ekonomi yang hanya mencapai gred D.

“Yasmin mengadu kepada saya tentang pencapaiannya dalam subjek matematik yang agak merosot, sebagai seorang ibu perkara ini sangat-sangat merisaukan saya dan saya cuba mencari kelas tambahan atau tuisyen untuknya.

“Setiap hari pukul 3 pagi, dia minta dikejutkan untuk ulang kaji. Kita nampak sendiri bagaimana dia struggle,” katanya.

Walaupun pihak sekolah telah menyediakan kelas tambahan, anaknya masih merasakan ia tidak mencukupi. Dia meminta untuk mengikuti tuisyen tambahan di luar, meskipun jadual hariannya sudah padat.

“Pada awalnya, saya ada juga bertanya rakan sekeliling namun ada yang memberi pendapat bahawa tuisyen sebegini hanya membazirkan wang sahaja, namun ini sedikit pun tidak mematahkan semangat dan saya terus melakukan pencarian dan survey di media sosial. Sehinggalah saya terjumpa iklan Aster Edu oleh Cikgu Shahrin dan terus menghubungi beliau” katanya.

Selepas bertanya dan membaca setiap testimoni, beliau terus mendaftarkan anaknya mengikuti kelas di Aster Edu.

“Saya lihat selepas bulan pertama Yasmin mengikuti kelas di Aster Edu, dia kelihatan lebih seronok dan berminat dengan subjek matematik yang sebelum ini dianggap susah, dan terbukti keputusan pada peperiksaan percubaan meningkat ke gred C” ujarnya.

Sementara itu, Nur Widyatul Yasmin yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Nasiruddin Shah, Besut Terengganu itu melahirkan rasa syukurnya ditemukan dengan Aster Edu dibawah bimbingan Cikgu Shahrin Zikri.

“Alhamdulillah, dengan bimbingan dari Aster Edu saya rasa sebenarnya subjek matematik terutama Algebra amat mudah difahami dengan teknik-teknik yang diajar oleh cikgu.

“Di sekolah, cikgu mengajar ramai pelajar tetapi di Aster Edu, fokus kepada satu-satu pelajar itu lebih lagi dan itu juga antara faktor saya mudah faham, Aster Edu pula menawarkan kelas percuma selama sebulan dan dari situ juga la saya terus memaklumkan kepada ibu untuk menyertai kelas selanjutnya” katanya kepada media.

Beliau yang bercita-cita menjadi seorang guru bahasa inggeris turut mengajak para pelajar yang bakal menduduki SPM tahun ini untuk menyertai kelas di Aster Edu.

Pengetua Aster Edu, Shahrin Zikri Shahrizaman berkata, Yasmin seorang pelajar yang bersemangat , komited dan sentiasa fokus dalam kelas walaupun secara online. Sikapnya yang suka bertanya juga merupakan kunci kejayaannya.

“Saya selalu tekankan kepada pelajar, untuk berjaya perlu ada komitmen dan disiplin dan kepada ibu bapa juga perlu ambil tahu tentang pendidikan anak-anak, dan kenal pasti usaha serta apa kelemahan mereka untuk kita sama-sama bantu mereka” jelasnya.

Pengetua Aster Edu, Shahrin Zikri Shahrizaman

Tambahnya, Aster Edu akan memperkenalkan Program Transformasi Straight A’s SPM tahun ini untuk membantu lebih ramai pelajar dan juga yang akan menduduki SPM 2026 memperoleh kejayaan dan keputusan cemerlang.

Kisah ini menjadi peringatan bahawa kejayaan tidak seharusnya diukur melalui perbandingan.

Sebaliknya, ia perlu dilihat melalui sejauh mana seseorang itu berusaha untuk menjadi lebih baik daripada dirinya semalam. Kerana bagi sesetengah anak, satu huruf “A” itu bukan sekadar gred tetapi simbol kemenangan dalam perjuangan yang panjang.

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak Tingkatan 5 dan ingin skor Straight A dalam SPM seperti Yasmin, inilah masanya untuk mula bertindak.

Jom bantu anak dan sertai dalam “Program Transformasi Straight A’s SPM”. 100% PERCUMA untuk pelajar SPM.

Layari: www.transformasispm.com.my

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading