Photo 1

Kuala Lumpur – Coway, Syarikat Best Life Solution, kembali semula dengan Zon Rileks & Refresh untuk tahun kedua, menekankan tentang peranan udara yang bersih sebagai keperluan penting untuk menjalani kehidupan yang lebih selesa. Diterajui oleh pelancaran tiga jenis penulenudara baharu iaitu Coway Studio, Coway Suite, dan Coway Atrium, rangkaian terbaharu ini direka untuk menghadirkan udara bersih bagi setiap ruang di samping menyesuaikan mengikut gaya hidup seharian.  

Dalam kehidupan harian yang semakin sibuk, keselesaan di rumah bukan sekadar terletak pada kelembutan tekstur dan ruang yang kemas. Sebaliknya, ia tentang bagaimana suasana yang dirasai di dalam rumah itu sendiri. Saat rumah dipenuhi dengan pelbagai momen sama ada ketika musim perayaan atau menjalani rutin harian, kualiti udara yang bersih tetap menjadi sumber ketenangan dan keselesaan bagi semua.

“Di Coway, kami percaya bahawa keselesaan bermula dengan kualiti udara yang mengisi  setiap ruang. Setiap ruang yang ada mempunyai keunikan yang tersendiri. Oleh itu, kami mencipta solusi yang disesuaikan untuk setiap ruang tersebut. Dengan menyesuaikan setiap penulen udara kami untuk setiap ruang dan gaya hidup yang berbeza, kami berharap dapat memberi nafas baharu terhadap udara yang bersih sebagai satu pengalaman yang membawa keselesaan, ketenangan, dan terjamin bagi setiap kediaman, meskipun ketika sedang sibuk melakukan persiapan menyambut musim perayaan,” kata Janice Tan, Pengurus Bahagian Pemasaran Coway Malaysia.  

Tahun ini, Zon Rileks & Refresh Coway menghimpunkan rakan-rakan media di The Agam untuk merasai sendiri pengalaman menyeluruh  udara bersih yang disesuaikan untuk setiap ruang. Direka bagi mencerminkan  suasana kemeriahan Hari Raya, majlis ini diatur mengikut beberapa siri persekitaran dengan begitu teliti, membolehkan para tetamu bergerak dengan bebas, bermula dari ruang momen peribadi yang tenang sehinggalah ke ruang sosial yang penuh interaksi.

Perjalanan bermula dengan menyambut para tetamu di ruang utama yang dilengkapi Coway Atrium, di sini tetamu boleh turut serta dalam melukis mural batik secara berkumpulan, mengimbas kembali kenangan di zaman kanak-kanak dengan permainan lama seperti congkak dan batu seremban, sambil menikmati kuih-muih tradisional. Perjalanan diteruskan bersama-sama ke bengkel sesi menenun alas cawan batik dan sesi menghias biskut sebelum meneroka bilik tidur utama yang dilengkapi dengan Coway Suite dan ke bilik tidur yang lebih kecil yang menampilkan Coway Studio.

“Pelancaran Coway Studio, Coway Suite dan Coway Atrium menzahirkan komitmen berterusan Coway dalam berinovasi berasaskan kehidupan realiti. Melalui setiap ruang, kami menggambarkan secara ilustrasi tentang bagaimana reka cipta penulen udara kami disepadukan ke dalam rutin harian, membantu setiap kediaman terasa lebih tenang, seimbang, dan segar, sama ada dinikmati secara peribadi atau pun dikongsi bersama yang tersayang,” kata Janice lagi.   

Tentang Coway Studio, Suite, dan Atrium

Dikuasakan dengan Coway’s Hypervortex™ Air Technology, Coway Studio dan Coway Suite mempunyai ciri yang direka untuk mengalirkan udara bersih dengan cepat, cekap, dan senyap. Direka untuk ruang yang lebih kecil dan peribadi, Coway Studio memberi tumpuan untuk suasana yang lebih fokus dan santai, manakala Coway Suite pula ideal untuk suasanadi mana detik-detik diluangkan bersama keluarga sepanjang hari. Walaupun saiznya kompak, fungsi kedua-dua model ini teguh dan sesuai diletakkan di bilik tidur, individu yang mempunyai pejabat di rumah, mahupun ruang tamu kecil, di mana kualiti udara di ruang tersebut boleh membawa keselesaan dan suasana yang tenang.

Bagi ruang yang lebih besar seperti rumah dengan pelan terbuka yang luas dan ruang dalaman yang terletak di persekitaran yang sesak, Coway Atrium menampilkan sistem Dwi Motor Berprestasi Tinggi yang berfungsi secara harmoni untuk menghasilkan sedutan yang kuat dan stabil bagi memastikan aliran udara yang konsisten. Direka untuk persekitaran yang dinamik, ia memastikan udara bersih mengalir dengan lancar tanpa menjejaskan suasana, pergerakan, atau interaksi dalam setiap pertemuan.

Lebih daripada sekadar pelancaran produk, rangkaian penulen udara terbaharu ini mencerminkan visi Coway terhadap gaya hidup moden. Dengan mencipta penyelesaian yang sesuai dengan bagaimana sesebuah kediaman itu berfungsi, baik dari sudut peribadi dan sunyi hinggalah kepada ruang berkumpul dengan suasana yang lebih ceria, Coway telah menetapkan penanda aras terbaharu untuk keselesaan ruang dalaman. Di sinilah udara bersih hadir melengkapkan suasana tenang, selesa, dan harmoni dalam kehidupan seharian. 

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading